• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Catat Kes Pertama Positif COVID19, Dipercayai Baru Balik Dari Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling

Oleh
ILB - AI
12 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Sabah Catat Kes Pertama Positif COVID19, Dipercayai Baru Balik Dari Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran, berkata pengumuman rasmi mengenai pengesahan itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur.

Seorang lelaki di sini yang menyertai perhimpunan jemaah tabligh di Kuala Lumpur, disahkan positif COVID-19. Individu tersebut dipercayai seorang daripada anggota jemaah tabligh yang mengikuti perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling, di ibu kota, baru-baru ini. Mangsa dipercayai kes pertama positif COVID-19 di Sabah. Perkara ini turut disahkan oleh Menteri Kesihatan Sabah, Frankie Poon melalui laman Facebook beliau sebentar tadi.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr. G. Navindran, berkata pengumuman rasmi mengenai pengesahan itu dibuat oleh Kementerian Kesihatan di Kuala Lumpur, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo

“Buat masa ini pihak Hospital Besar Tawau mengambil tindakan drastik untuk mengawal supaya wabak ini tidak merebak dan menular di daerah Tawau,” katanya.

Navindran juga menasihatkan supaya masyarakat Tawau tidak panik kerana pihak hospital sentiasa mengawal keadaan kesihatan di daerah ini dan meminta supaya semua orang menjaga kebersihan, memakai penutup muka sekiranya di tempat ramai dan elak berjabat tangan.

Sabah Catat Kes Pertama Positif COVID19, Dipercayai Baru Balik Dari Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling / Tangkap Layar Dari Menteri Kesihatan Sabah

“Kepada yang berisiko terutama orang tua dan kanak-kanak supaya jangan terlalu banyak bergerak di luar rumah kerana golongan ini sangat berpotensi untuk dijangkiti penyakit,” katanya.

Mengulas mengenai jemaah tabligh yang dipanggil membuat ujian saringan, beliau berkata, setakat ini seramai 120 orang sudah berjaya dihubungi di daerah Tawau dan sekitarnya untuk membuat ujian saringan.

“Kita masih lagi menjejaki baki jemaah ini yang menghadiri ijtimak di Kuala Lumpur untuk segera menghubungi pihak Kesihatan Tawau membuat ujian saringan itu,” katanya.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Krisis COVID-19 : Rakyat Brunei Tidak Dibenarkan Keluar Dari Negara 14 Lagi Kes Terbaru COVID-19 Di Brunei, 25 Kes Keseluruhan Dalam Masa 4 Hari
Next Article Luahan Seorang Warga Sarawak Bertugas Di Hospital Awam Di Semenanjung Malaysia Mengenai Situasi Covid-19 Luahan Seorang Warga Sarawak Bertugas Di Hospital Awam Di Semenanjung Malaysia Mengenai Situasi Covid-19

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?