• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KPDN Sita 16 Ribu Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM34,400 Di Bintangor

Oleh
Aina Musa
6 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
KPDN Sita 16 Ribu Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM34,400 Di Bintangor

Operasi PGA Sibu berjaya kesan penyelewengan minyak diesel

KPDN Sita 16 Ribu Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM34,400 Di Bintangor. Aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar melalui satu serbuan yang dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu di sebuah rumah di daerah ini, semalam.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 16,000 liter diesel bernilai RM34,400 telah diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei untuk tindakan lanjut.

KPDN Sita 16 Ribu Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM34,400 Di Bintangor
KPDN Sita 16 Ribu Liter Diesel Bersubsidi Bernilai RM34,400 Di Bintangor. Sumber: Suara Sarawak

Ketua Cawangan KPDN Sarikei, Mohamad Zawawi, dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata bahawa selain diesel, turut dirampas ialah sebuah lori tangki, sebuah kenderaan pacuan empat roda, 18 unit tangki IBC, dan pam elektrik. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM119,980.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu memiliki barangan kawalan dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan,” kata Zawawi.

Beliau menjelaskan bahawa jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua untuk sesuatu pertubuhan perbadanan.

“Bagi individu, denda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya, dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh lima tahun atau kedua-duanya,” tambahnya.

KPDN memberi amaran keras dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

“Sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh disalurkan melalui nombor telefon 019-848 8000 / 019-279 431, Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-80, dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN,” kata Zawawi lagi.

Baca lagi artikel menarik:

Pengarah Syarikat Hartanah Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah, Salah Guna Wang RM833,000
Akibat Seludup Kerbau Dari Sabah Guna Bot, 3 Individu Dicekup Di Perairan Lawas

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rosakkan Reputasi Universiti, Pelajar UMS Dilarang Menganjur Protes Bekalan Air
Next Article Polis Saman Bapa Kanak-Kanak Autistik 11 Tahun Memandu Tanpa Lesen Di Sibu Polis Saman Bapa Kanak-Kanak Autistik 11 Tahun Memandu Tanpa Lesen Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?