• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

2 lagi Pasaraya Terkenal Dibuka, Petra Jaya Kini Syurga Pasaraya

Oleh
ILB - AI
14 Jun 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Fuh, pelbagai pilihan pasaraya untuk anda yang tinggal di kawasan berdekatan!

2 lagi Pasaraya Terkenal Akan Dibuka, Petra Jaya Kini Syurga Pasaraya. Kawasan Petra Jaya kini semakin pesat membangun dengan pelbagai projek pembangunan yang diusahakan oleh pelbagai institusi terutamanya terdapat banyak lambakan rumah kedai yang semakin banyak di kawasan tersebut.

Begitu juga dengan Pasaraya, bermula dari Emart, Giant yang kini bakal digantikan dengan pasaraya tempatan, 2 buah pasaraya Mydin yang besar, kini pelbagai lagi pasaraya mula berlumba lumba untuk membuka cawangan terbaru mereka di Petra Jaya.

Terkini, 2 lagi pasaraya terkenal dikatakan akan membuka cawangan terbaru mereka di Petrajaya. Tidak mengejutkan juga, salah satu pasaraya akan dibuka di Matang Jaya yang semestinya kini penuh dengan deretan pasaraya lantas memberi lebih banyak pilihan untuk pengguna.

Pasaraya Le Papa yang mula mencipta nama dengan membuka cawangan pertama mereka di Serian kini mengorak langkah dengan membuka cawangan baru mereka di Petra Jaya. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu muatnaik yang dilakukan melalui laman facebook rasmi mereka.

2 lagi Pasaraya Terkenal Dibuka, Petra Jaya Kini Syurga Pasaraya
2 lagi Pasaraya Terkenal Akan Dibuka, Petra Jaya Kini Syurga Pasaraya

Begitu juga dengan Pasaraya CS yang sudah menyiapkan pasaraya baru mereka yang terletak di Metrocity Matang. Pasaraya baru tersebut nampak lebih luas dan besar dari cawangan biasa pasaraya mereka.

Telah dibuka mulai 30 Mei yang lalu, cawangan CS yang terbaru ini terletak berdekatan dengan Pasaraya Golden Dragon City yang juga terletak di Metrocity Matang.

Selain itu, Giant Petrajaya yang kini telah ditutup dikhabarkan pula akan diambil alih oleh sebuah Pasaraya yang terkenal di Sibu dan Kota Samarahan. Khabar angin bertiup kencang dengan mengatakan Pasaraya Farley akan mengambil alih bangunan tersebut. Farley merupakan sebuah Pasaraya serba lengkap yang mempunyai fanbase mereka tersendiri.

Kini, di kawasan Metrocity dan Matang sahaja sudah terdapat tidak kurang dari 8 buah pasaraya besar yang mempunyai cawangan mereka di kawasan tersebut. Berdasarkan carian mudah kami, kini terdapat pasaraya seperti berikut :

1. Emart
2. Everrise
3. H&L
4. CS
5. Borneo Supermarket
6. Golden Dragon City
7. Le Papa Hypermarket
8. Choice Ria

CS Supermarket sebagai contoh, mempunyai pelbagai cawangan di kawasan berdekatan termasuk di Gita, Matang Batu 6. H&L juga mempunyai cawangan di Semariang yang berdekatan dengan Mydin. Begitu juga dengan Pasaraya Choice yang turut mempunyai 1 cawangan di sebelah Giant Petrajaya. Bukan itu sahaja, bahkan CS juga dikhabarkan akan membuka satu lagi cawangan di Semariang.

Ini juga tidak lagi termasuk perkiraan pasaraya yang lain seperti Upwell, Mydin dan sebagainya yang turut mempunyai 1 atau 2 cawangan mereka di kawasan Petra Jaya.

Dengan adanya banyak persaingan, semestinya yang mendapat lebih banyak manfaat di atas persaingan tersebut adalah pengguna yang pasti akan mendapat pelbagai jenis tawaran diskaun dan macam macam lagi selain dari peluang pekerjaan juga dapat dijana.

Antara banyak banyak pasaraya di atas, yang manakah merupakan pasaraya kegemaran anda untuk membeli belah? Ha boleh kongsikan kenapa di ruangan komen di bawah!

Baca lagi artikel menarik yang lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tak Perlu Swab Dan Mohon Dari JPBNS Jika Hendak Ke Sarawak Semasa PKPP
Next Article Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak Ini Senarai Tempat Penginapan Menarik Mesra Norma Baharu Di Sabah Dan Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?