• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

2 Tahanan Lolos Penjara Puncak Borneo Berjaya Diberkas Semula Di Hutan Padawan

Oleh
Ismail NA
5 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Tahanan tersebut berjaya ditahan semula oleh pihak polis selepas 5 hari lolos dari penjara.

2 Tahanan Lolos Penjara Puncak Borneo Berjaya Diberkas Semula Di Hutan Padawan. Memasuki hari kelima pencarian, dua tahanan dari Pusat Transit Penjara Puncak Borneo lolos dari pusat penjara tersebut kini akhirnya berjaya dijejaki. Usaha mengesan dua tahanan terbabit dijalankan oleh Kontinjen Polis Sarawak bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Tiger Platoon dan Unit Udara PDRM.

Isi Isi Penting
  • Tahanan tersebut berjaya ditahan semula oleh pihak polis selepas 5 hari lolos dari penjara.
  • Terima maklumat dari orang awam tentang keberadaan tahanan lolos
  • Lolos dari tingkap tandas dengan merosakkan jeriji besi
  • Baca juga :

Kedua-dua tahanan tersebut ditemui oleh pasukan polis di kawasan hutan berdekatan sebuah perumahan di Batu 11, Padawan.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Aidil Bolhassan mengesahkan tentang penahanan 2 tahanan tersebut petang ini. Kedua-dua tahanan tersebut dikenali sebagai Mohamad Fikrry Azzarudin Abdullah, 26 tahun dan seorang warganegara Indonesia, Rahmat Simbolan, yang berusia 38 tahun.

2 Tahanan Lolos Penjara Puncak Borneo Berjaya Diberkas Semula Di Hutan Padawan
2 Tahanan Lolos Penjara Puncak Borneo Berjaya Diberkas Semula Di Hutan Padawan

Penahanan tahanan tersebut dibuat oleh pasukan Tiger Platoon dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan hutan tersebut.

Terima maklumat dari orang awam tentang keberadaan tahanan lolos

Terdahulu, Unit Udara Polis Diraja Malaysia dikerah ke lokasi yang disyaki menjadi tempat persembunyian tahanan tersebut setelah menerima maklumat daripada orang awam. Kesemua pasukan memburu kedua-dua tahanan terbabit kemudian mengepung kawasan tersebut.

Antara pasukan yang turut serta dalam operasi ini adalah Unit K9 IPK Sarawak, Jabatan Penjara Puncak Borneo bersama Unit K9 Penjara Puncak Borneo.

Tahanan, Mohamad Fikkry ditahan untuk kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala Rahmat ditahan untuk kes di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua tahanan tersebut bersama dua lagi tahanan yang lain melarikan diri dari Pusat Transit Penjara Puncak Borneo pada 1 Julai 2021 lalu, jam 5.11 petang.

2 Tahanan Lolos Penjara Puncak Borneo Berjaya Diberkas Semula Di Hutan Padawan
Penjara Puncak Borneo, Kuching

Bagaimanapun dua daripada tahanan berjaya ditangkap semula oleh pasukan rondaan penjara iaitu sekitar jam 6.25 petang dan 10.50 malam pada hari yang sama di kawasan perumahan PR1MA di Kampung Sinar Baru manakala Fikkry dan Rahmat masih lolos. Susulan pencarian yang menjengah ke hari keempat dan kelima, pihak polis meluaskan pencarian sehingga 2 km radius iaitu di kawasan Batu 11, Jalan Kuching-Serian.

Lolos dari tingkap tandas dengan merosakkan jeriji besi

Dalam kejadian lolos tersebut, keempat-empat tahanan dipercayai melarikan diri dari tingkap tandas dengan merosakkan jeriji besi seterusnya melarikan diri ke kawasan hutan yang berhampiran. Keadaan pada waktu itu dilaporkan cuaca hujan lebat dan angin kencang.

Pusat Transit Penjara Puncak Borneo merupakan tempat yang dikhaskan untuk menempatkan pesalah yang sedang menjalani tahanan reman penjara, sementara menunggu tarikh bicara atau sebutan semula kes.

Berikutan insiden tahanan lolos itu, ‘Ops Tutup’ juga telah dilancarkan di semua sekatan jalan raya di setiap sempadan daerah yang sedia ada.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Trend Kes Bunuh Diri Meningkat Drastik, Kenali Tanda Awal Jika Seseorang Alami Kemurungan Trend Kes Bunuh Diri Meningkat Drastik, Kenali Tanda Awal Jika Seseorang Alami Kemurungan
Next Article Berikut Merupakan Panduan Untuk Memohon Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Bagi Semua Pekerja Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?