Bayaran RM600 ini adalah bagi tempoh 4 bulan untuk membantu pekerja di Malaysia.
Berikut Merupakan Panduan Untuk Memohon Bantuan RM600 Selama 4 Bulan Bagi Semua Pekerja Di Malaysia. Dilaporkan bahawa pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Subsidi Upah 4.0 (PSU 4.0) dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang dijangka akan memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja di Malaysia.

Pihak kerajaan akan menampung sebanyak 500 pekerja setiap majikan
Menerusi inisiatif dan bantuan PSU4.0 ini, pihak kerajaan akan menampung sebanyak 500 pekerja setiap majikan, kadar bayaran RM600 setiap pekerja, dan bayaran adalah bagi tempoh 4 bulan di mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN manakala dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Sebelum ini pula, telah diumumkan bahawa pelaksanaan PSU ini hanya disyaratkan dengan mereka yang mempunyai had gaji di bawah RM4000 sahaja, namun melalui PSU 4.0 ini pula, tiada had gaji yang ditetapkan dan majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.

Permohonan bagi PSU4.0 ini mestilah dilakukan oleh pihak majikan dan bagi pihak majikan yang ingin membuat permohonan tersebut boleh ikuti langkah seperti berikut:
- Permohonan boleh dikemukakan secara online – klik https://prihatin.perkeso.gov.my/
- Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
- Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang telah diluluskan.
Untuk maklumat yang lebih lanjut lagi, anda boleh rujuk panduan daripada Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu.