I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia

Oleh Aina Musa 3 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia

KKM kesan dua varian baharu China

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia. Dua varian virus COVID-19 yang kini aktif di China, iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.

Kadar jangkitannya lebih tinggi

Katanya, di Malaysia setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7.

Begitupun, kedua-dua varian berkenaan, jelas Dr Noor Hisham tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum tergolong sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia. Sumber: Astro Awani

“Walau bagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.

“Tetapi belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1,” kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Isnin.

BF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.

Mula dikesan disember lalu

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata varian XBB dikesan mendominasi penularan COVID-19 di negara ini sepanjang Disember lalu.

Subvarian Omicron itu, kata beliau merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom.

Jelas beliau, varian XBB juga masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak Oktober lalu.

“Ia diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).

Kredit: Agenda Daily

“Kedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian LUM WHO,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dr Noor Hisham menambah, data daripada negara-negara lain yang mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula.

Peningkatan tersebut, khususnya kata beliau berlaku dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) Omicron sekurang-kurang enam bulan lalu.

Kejadian jangkitan semula, kata Dr Noor Hisham lagi disebabkan ‘immune escape’ yang lebih tinggi oleh XBB.

“Ini mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan.

Baca lagi artikel terkini:

Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya
Tular Remaja Hampir Menempah Maut, Merempit Hingga Terbabas Laju Masuk Belukar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya Kitar Semula Barangan Elektronik Terpakai Di Senheng Dan SenQ Dapat Baucar, Ini Caranya
Next Article Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo 4 September 2023
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak 20 Jun 2023
Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?