I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah

Oleh Siti Nur Atiqah Manan 3 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Mangsa perempuan berusia 16 tahun jadi mangsa rogol seorang pegawai polis dan mangsa juga adalah mangsa rogol bapa tirinya!

Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah. Nak buat laporan selepas menjadi mangsa nafsu buas insan yang tidak berperikemanusiaan di usia mangsa yang masih muda bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, tindakan untuk mendapatkan perlindungan bertukar menjadi mimpi ngeri untuk mangsa.

Mangsa yang merupakan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah menjadi mangsa rogol seorang pegawai polis selepas dirinya tiba di Ibu Pejabat Polis untuk membantu siasatan terhadap jenayah yang dilakukan oleh bapa tiri mangsa terhadap mangsa juga.

Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah
Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah. Gambar sekadar hiasan: Kisah Dunia

Berlaku di balai polis Kedah, pegawai penyiasat tersebut mengarahkan mangsa untuk mengangkang untuk periksa alat kemaluan mangsa selepas jadi mangsa rogol bapa tiri untuk bantu siasatan

Kejadian yang berlaku di sebuah balai polis di Kedah ini umpama harapkan pagar, pagar makan pagi kerana pegawai polis yang bertugas sebagai pegawai penyiasat untuk kes mangsa tergamak menjadikan mangsa habuan nafsu buasnya.

Pada mulanya, mangsa yang datang ke balai tersebut sebagai mangsa rogol bapa tirinya secara tiba-tiba telah diarahkan oleh pegawai berkenaan untuk mengangkang sambil mangsa duduk di atas kerusi. Hal ini dilakukan kerana pegawai berkenaan ingin membuat pemeriksaan terhadap alat kelamin mangsa seolah-olah ianya satu proses untuk membantu siasatan kes mangsa.

Mangsa juga diminta untuk berbaring tanpa seurat benang di atas katil dan mangsa telah dirogol oleh pegawai berkenaan selam 30 minit

Mangsa yang berada dalam keadaan yang penuh dengan ketakutan, tidak dapat berbuat apa-apa selepas beberapa kali disentuh dan dipegang oleh pegawai berkenaan. Selepas itu, mangsa juga telah dipaksa untuk berbaring di atas sebuah katil dalam keadaan tanpa seurat benang dan disini lah nafsu buas pegawai berkenaan beraksi selama 30 minit.

Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah

Bukan itu sahaja, pegawai berkenaan juga telah menggunakan alasan bahawa alat untuk membuat pemeriksaan ke atas mangsa telah gagal berfungsi dan ini hanya sekadar alasan untuk mengaburi tindakan rakusnya.

Hasil siasatan pihak forensik selepas laporan dibuat menemui tompokan yang dipercayai air mani

Namun, selepas 3 hari berlakunya kejadian ini, mangsa baru memiliki keberanian dan tampil untuk membuat laporan ke atas pegawai berkenaan. Mangsa telah dibawa untuk pemeriksaan kesihatan dan pihak forensik pula giat melakukan siasatan di tempat kejadian.

Hasil siasatan telah mendapati terdapat kesan tompokan di atas cadar dan sarung bantal katil berkenaan dimana ianya dipercayai air mani si pelaku.

Bantu Siasatan Dirogol Bapa Tiri, Mangsa Sekali Lagi Dirogol Pegawai Polis Di Kedah

Semoga pihak berkuasa dapat bertindak seadilnya untuk memberi keadilan dan perlindungan terhadap mangsa dan diharapkan pegawai polis berkenaan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

Kita percaya hanya segelintir yang bersikap tidak berperikemanusiaan sedemikian rupa kerana kita juga percaya sememangnya banyak lagi yang sentiasa amanah menjalankan tanggungjawab. Antara bukti amanahnya mereka adalah seperti:

Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek Umur 50-an Di Sibu
Muatnaik Status Hina Dan Ancam Bunuh Agong, Seorang Lelaki Berjaya Ditangkap Polis
SUMBER : KIsah Dunia
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia 2 Varian Utama COVID-19 China Kini Dikesan Di Malaysia
Next Article Bawa Bayi 1 Tahun Bersama, Pasangan Ini Sambut Tahun Baru Di Puncak Gunung Kinabalu

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?