24 Projek ini akan dipercepatkan sebelum Rancangan Malaysia Ke-13 bermula
24 Projek Tertangguh Di Sarawak Bernilai RM 1.4 Bilion Bakal Diberi Keutamaan Untuk Pelaksanaan Segera. Dilaporkan, Projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah tertangguh di Sarawak dari tahun 2016 hingga 2022 akan diberi keutamaan untuk dilaksanakan segera, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa terdapat sejumlah 24 projek yang bernilai sekitar RM1.4 bilion di negeri ini.

Pelaksanaan projek-projek yang tertangguh
Beliau berketa pelaksanaan projek-projek yang tertangguh ini akan dimulakan sebelum pelancaran Rancangan Malaysia Ke-13. Tambah beliau lagi tiada gunanya jika melaksanakan projek-projek baru jika projek lama masih belum dilaksanakan atau belum dimulakan.
Apa yang telah diputuskan adalah pihak berkepentingan harus diberi keutamaan, terutama antara Pan Borneo dan beberapa bandar kecil atau pekan yang memerlukan akses untuk memudahkan hubungan, katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Sesi Taklimat Pelaksanaan Projek Pembangunan KKDW di Kuching, hari ini.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, serta Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Sesi taklimat tersebut diadakan untuk mendapatkan gambaran terkini mengenai prestasi projek-projek pembangunan KKDW oleh agensi pelaksana, termasuk projek jalan luar bandar, jambatan luar bandar, bekalan air luar bandar, dan bekalan elektrik luar bandar.
Empat agensi pelaksana projek pembangunan KKDW di Sarawak yang terlibat dalam sesi taklimat ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), serta Bahagian Teknikal KKDW.
Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa pelaksanaan projek tertangguh ini akan melibatkan projek Jiwa Murni, terutamanya dalam kerja-kerja menaik taraf jalan balak.

Beliau berkata telah peruntukkan sekitar RM85 juta telah diberikan, dan projek ini dijangka akan siap dalam tahun ini.
Sementara itu, KKDW dalam kenyataan media menyebut bahawa bagi tahun ini, sejumlah RM713,163,470 telah diperuntukkan di bawah Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Ke-12 dengan 292 projek yang merangkumi 70 projek baharu dan 222 projek sambungan.
Kementerian juga menyatakan bahawa prestasi pelaksanaan projek sehingga 21 Oktober 2024 mencatatkan 195 projek pra-pelaksanaan, 69 projek dalam pelaksanaan, dan 26 projek pasca-pelaksanaan.

