• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sabah Umum Bantuan Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sabah Pulang Kampung

Oleh
Ismail NA
3 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kredit foto: Utusan Malaysia

Inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh Kerajaan Sabah

Kerajaan Sabah Umum Bantuan Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sabah Pulang Kampung. Buat pelajar Sabah yang rindukan kampung halaman, pastinya ini adalah berita yang ditunggu-tunggu! Tahukah anda bahawa Kerajaan Sabah kini menawarkan subsidi RM300 untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta yang mahu pulang ke kampung, terutama semasa musim perayaan.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, inisiatif ini diwujudkan atas keprihatinan Kerajaan Sabah terhadap permintaan dan keluhan pelajar anak Sabah yang menjadi anak perantau. Mereka juga ingin memastikan semua pelajar yang nak balik kampung dapat peluang ini tanpa risau akan kos yang tinggi.

Kerajaan Sabah Umum Bantuan Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sabah Pulang Kampung
Kerajaan Sabah Umum Bantuan Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sabah Pulang Kampung. Kredit foto: MINGGUAN/FAISOL MUSTAFA

Macam Mana Nak Guna Subsidi RM300 Ini

Kalau anda merupakan pelajar dari daerah Tawau, Sandakan, atau mana-mana daerah di Sabah misalnya dan belajar di Kota Kinabalu, subsidi ini boleh digunakan untuk membuat pembelian tiket kapal terbang, bas, atau pengangkutan lain. Kiranya, anda ada fleksibiliti nak pilih pengangkutan mana yang paling sesuai dengan bajet dan keselesaan.

Selain tu, pada bulan Ramadan lepas, kerajaan Sabah juga pernah menghulurkan bantuan subsidi sekali bayar sebanyak RM600 untuk pelajar Sabah yang belajar jauh di Semenanjung, Sarawak, dan Labuan. Jadi, pelajar-pelajar di sana pun dah dapat manfaat pulang ke kampung masa cuti perayaan dan semester. Inisiatif yang lebih kurang sama ini dinamakan sebagai ‘Inisiatif Graduan Rindu Sabah’.

Apa Itu Inisiatif Graduan Rindu Sabah

Inisiatif Graduan Rindu Sabah ini khabarnya direka khas untuk pelajar IPT awam dan swasta yang berasal dari pelbagai daerah di Sabah. Bagi anda yang belajar jauh dari keluarga, memang faham sangat betapa rindu tu membuak-buak, lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan. Tentunya subsidi ini memang sangat membantu dalam mengurangkan kos perjalanan anda pulang ke kampung halaman.

Kerajaan Sabah Umum Bantuan Subsidi RM300 Untuk Pelajar IPT Sabah Pulang Kampung
Gambar hiasan. Kredit foto: Kosmo

Kenapa Kerajaan Sabah Buat Inisiatif Ini

Menurut Datuk Seri Hajiji, inisiatif ni sebenarnya lebih daripada sekadar bantuan kewangan. Ini adalah satu usaha melahirkan modal insan yang berilmu dan berkualiti yang bakal jadi pemimpin masa depan Sabah. Dalam kata lain, kerajaan Sabah mahu memastikan pelajar asal Sabah rasa dihargai dan dibantu.

Datuk Seri Hajiji juga menegaskan yang ini semua adalah sebahagian daripada pelbagai usaha kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan rakyatnya, terutama golongan muda yang merupakan aset negeri.

Maklumat lanjut dan syarat penggunaan subsidi RM300 masih belum diumumkan sepenuhnya

Walau bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai proses permohonan mahupun syarat penggunaan subsidi RM300 masih belum diumumkan sepenuhnya.

Lagi artikel menarik tentang mahasiswa Sabah:

Tular Gadis Sandakan Ini Terima Bantuan Dari TikToker, Raih Perhatian Netizen
Pelajar Sabah Juara Keseluruhan Penulisan Esei Belia Antarabangsa
SUMBER :Berita Harian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuda Bajau Kota Belud, Ketahui Warisan Unik Suku Kaum Bajau Di Sabah
Next Article Premier Sarawak Dijemput Berucap Di Persidangan Tenaga Terbesar Dunia ADIPEC Di Abu Dhabi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?