• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran

Oleh
Husna Hazmi
3 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Kanak-kanak lelaki luka teruk di kepala setelah diserang anjing jirannya.

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun luka teruk di kepala setelah diserang oleh anjing jirannya di Kampung Sr’ieng, Jalan Stass di Bau semalam.

Menurut ibu si mangsa, Marie Luciana Jirem, 23, sebelum kejadian berlaku, anaknya yang baru berusia tiga tahun itu bermain seorang diri di halaman rumah mereka.

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran
Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran

Bermain di halaman rumah

“Kejadian berlaku sekitar jam 8 pagi semalam ketika dia sedang bermain di halaman rumah kami.

“Secara tiba-tiba anjing milik jiran kami menyerang dan menggigitnya sehingga luka teruk di kepala,” menurut ibu kanak-kanak tersebut.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja mendengar tangisan anaknya itu, dia terus bergegas ke luar rumah dan mendapati anaknya berlumuran darah di kepala akibat gigitan anjing tersebut.

Kanak-Kanak Berusia Tiga Tahun Parah Di Kepala Diserang Anjing Jiran

Segera membawa anaknya ke Hospital

Jelasnya juga, selepas sahaja menemui anaknya dalam keadaan tersebut dia segera membawa anaknya ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan.

Oleh hal yang demikian, Marie berharap agar insiden yang menimpa anaknya itu boleh menjadi pengajaran kepada orang ramai untuk berhati-hati lagi dengan haiwan peliharaan masing-masing.

Tambahnya lagi, Majlis Daerah Bau pula giat mengesan anjing terbabit yang telah lari.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Jenama Telco Dengan Prestasi Terbaik Di Sabah Sarawak Untuk Tahun 2020
Next Article Taksub Mengikut Gaya Hidup Mewah, Semakin Ramai Generasi Muda Berusia 25 Tahun Ke Bawah Bankrap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?