• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati

Oleh
Ismail NA
15 Julai 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Amaran untuk kita lebih berjaga-jaga.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati. Nampaknya rakyat tempatan di Sarawak tidak boleh memandang rendah tentang penularan semula pandemik ini terutamanya di bahagian selatan negeri ini.

Isi Isi Penting
  • Amaran untuk kita lebih berjaga-jaga.
  • Dengan jangkitan terbaharu ini, Kota Samarahan yang sebelum ini diisytiharkan zon hijau kembali menjadi zon kuning.
  • Transmisi lokal yang belum diketahui punca
  • Ada kemungkinan penularan pandemik gelombang kedua
  • Peringatan untuk seluruh rakyat di Sarawak
  • Baca juga artikel lain :

Terbaharu, terdapat 3 kes positif baharu dilaporkan hari ini. 2 daripadanya adalah dari bahagian Kuching manakala 1 kes dikesan di Kota Samarahan.

Dengan jangkitan terbaharu ini, Kota Samarahan yang sebelum ini diisytiharkan zon hijau kembali menjadi zon kuning.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati
3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati
Sumber : FB UKAS

Pertambahan 3 kes ini menjadikan jumlah kes keseluruhan di Sarawak meningkat kepada 583 kes setakat ini. Kes ke-581 merupakan seorang lelaki bukan warganegara yang bekerja sebagai jurutera projek di sebuah syarikat tempatan Kuching.

Kes ke-582 pula merupakan seorang petugas kesihatan di hospital swasta Kuching manakala kes ke-583 merupakan rakan sekerja kepada kes ke -581. Untuk pengetahuan anda, kes ke-582 dan 583 tidak menunjukkan sebarang gejala namun disahkan positif pada hari yang sama ujian saringan COVID-19 dilakukan.

Transmisi lokal yang belum diketahui punca

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini turut mendedahkan bahawa kesemua jangkitan kes baharu adalah merupakan transmisi lokal yang belum diketahui puncanya.

Ini kerana individu yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah perjalanan melawat atau pulang dari luar negara dalam masa yang terdekat.

Ada kemungkinan penularan pandemik gelombang kedua

Dengan penularan semula kes ini, rakyat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan serta keselamatan diri. Pihak kerajaan juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan berlaku gelombang kedua jangkitan sekiranya SOP dan langkah pencegahan tidak diperketatkan dari sekarang.

3 Kes Baru Hari Ini Adalah Transmisi Tempatan, Amaran Untuk Rakyat Sarawak Lebih Berhati-Hati

Peringatan untuk seluruh rakyat di Sarawak

Pengesahan kes positif baharu ini juga merupakan peringatan kepada seluruh rakyat di Sarawak agar tidak alpa akan langkah seperti memakai pelitup muka serta sentiasa mencuci tangan.

Bukan itu sahaja, elakkan daripada berada di kawasan yang sesak buat sementara waktu kerana anda berisiko terdedah dengan individu yang tidak diketahui membawa jangkitan. Apatah lagi kini gejala jangkitan tidak kelihatan.

Kita belum menang lagi. Patuhi SOP dan sentiasa duduk di rumah sekiranya tiada keperluan untuk keluar. Jaga penjarakan sosial.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sampah Anda Tidak Terurus? Lapor Sahaja Menerusi Aplikasi Terbaru Trienekens Sarawak Sampah Anda Tidak Terurus? Lapor Sahaja Menerusi Aplikasi Terbaru Trienekens Sarawak
Next Article Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?