• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah

Oleh
ILB - AI
26 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah

Sarawak kini mempunyai 61 kluster aktif

3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah. Terkini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mengisytiharkan 3 kluster baharu.

Isi Isi Penting
  • Sarawak kini mempunyai 61 kluster aktif
  • Kluster Sungai Senibung, Julau
  • Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh
  • Kluster Pondok, Belaga

Kluster terbabit adalah Kluster Sungai Senibung, Julau, Kluster Pondok, Belaga dan Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh.

3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah
Kredit: JPBNS

Kluster Sungai Senibung, Julau

Kluster ini merupakan sebuah kluster insitusi pendidikan melibatkan sebuah sekolah menengah di Sungai Senibung Julau.

Kes indeks adalah kes ke-25,451 dan merupakan seorang pelajar asrama lelaki berusia 15 tahun dari sekolah berkenaan.

Sebelum ini, kes indeks telah berada di rumah panjang di Nangga Sebuntang sebelum masuk ke asrama pada 4 April untuk permulaan sesi persekolahan.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Bernama

Kes dikesan melalui saringan individu bergejala pada 20 April 2021, di mana kes mula mengalami gejala pada 4 April 2021 dan dikesan reaktif ujian RTK Antigen pada 14 April 2021.

Kes didapati positif rT-PCR pada 20 April semasa dalam pengasingan di pusat kuarantin.

Sejumlah 290 individu telah disaringkan menerusi saringan bersasar ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut. Terdapat penambahan sebanyak 13 kes dikesan positif.

  • 14 kes dikesan positif (termasuk kes indeks)
  • 241 didapati negatif selepas saringan pertama ujian rT-PCR
  • 35 masih menunggu keputusan ujian

Kesemua 14 individu yang dikesan positif kini dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Sarikei untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Jalan Sebauh-Bintulu, Sebauh

Kluster ini juga merupakan kluster melibatkan sekolah menengah dan juga 3 buah rumah panjang di Jalan Sebauh-Bintulu dalam daerah Sebauh.

Kes indeks adalah kes ke-20,986 iaitu seorang lelaki warga tempatan Sarawak berumur 21 tahun dari sebuah rumah panjang di Jalan Sebauh-Bintulu.

Kes disaring melalui saringan individu bergejala pada 13 April 2021.

Ekoran ini, terdapat 2 pelajar dari sebuah sekolah menengah terbabit didapati positif pada 21 April setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes indeks.

Gambar sekadar hiasan.

Seramai 318 individu telah disaring melibatkan kluster ini, dengan 66 kes dikesan positif – 20 individu merupakan pelajar dari sekolah menegah berkenaan.

  • 67 dikesan positif termasuk kes indeks
  • 236 individu didapati negatif selepas saringan pertama rT-PCR
  • 15 masih menunggu keputusan ujian.

Kesemua 67 individu yang dikesan positif telah dimasukkan ke PKRC di bawah Hospital Bintulu untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Pondok, Belaga

Kluster ini merupakan sebuah kluster tempat kerja melibatkan anggota kerajaan di sebuah premis kerajaan di Pekan Belaga.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Lebu Kulit

Kes indeks adalah kes ke-25,234 dan merupakan seorang lelaki warga tempatan Sarawak berusia 44 tahun. Kes indeks juga merupakan seorang petugas anggota badan beruniform di premis berkenaan.

Kes dilapor mula mengalami gejala pada 8 April dan telah mendapat jangkitan dari komuniti semasa berada di sekitar Belaga dan perebakan jangkitan yang laju berpunca dari tempat kediaman agak sesak yang turut didiami oleh seramai 17 rakan petugas lain.

Kes dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 April 2021 di Klinik Kesihatan Sungai Asap dan disahkan positif melalui ujian rT-PCR pada 21 April.

Saringan aktif ke atas kontak rapat dan rakan sekerja apda kes indek mendapati penambahan 8 kes positif. Sejumlah 255 individu telah disaringkan, di mana:

  • 9 didapati positif (termasuk kes indeks)
  • 116 negatif ujian rT-PCR
  • 130 masih menunggu keputusan ujian

Kesemua 9 individu yang dikesan positif telah dimasukkan ke PKRC di Bintulu untuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Sekat Kemasukan Individu Dari India Untuk Elak Penularan Varian Baharu
Next Article PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 17 Mei 2021, Tiada Rentas Zon Ketika Aidilfitri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?