• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 17 Mei 2021, Tiada Rentas Zon Ketika Aidilfitri

Oleh
ILB - AI
26 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kes positif di Sarawak masih tinggi

PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 17 Mei 2021, Tiada Rentas Daerah Ketika Aidilfitri. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Sarawak akan disambung sehinggi 17 Mei 2021.

Dengan keputusan tersebut ini bermakna tiada rentas daerah atau negeri dibenarkan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang pertama untuk tahun 2021, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB terkini di Sarawak.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak juga telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kuching, Miri, Sibu, Betong, Bintulu, Sarikei dan Kapit.

Difahamkan, SOP untuk zon zon diatas adalah selari dengan kes kes semasa di zon terbabit. Antaranya adalah keperluan untuk membuat ujian calitan COVID19 untuk memasuki/melakui Zon Bintulu dan juga Kapit.

Masa operasi untuk perniagaan juga akan dihadkan pada jam jam tertentu berdasarkan keputusan JPBB Zon masing masing.

Hari ini sahaja, Sarawak mencatatkan 615 kes positif COVID19. 6 kematian juga dicatatkan hari ini, iaitu jumlah kematian tertinggi akibat COVID19 yang pernah dicatatkan di Sarawak. Lebih menyedihkan lagi, seorang wanita mengandung berusia 35 tahun juga telah meningga dunia akibat COVID19 di daerah Kapit.

Lebih separuh dari daerah di Sarawak kini Zon Merah

Mengenai status daerah kawasan jangkitan COVID-19 di negeri ini, JPBNS berkata, hari ini Daerah Lundu dan Pakan telah bertukar ke status Merah daripada Jingga setelah masing-masing merekodkan 57 dan 93 kes jangkitan dalam tempoh 14 hari lalu.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah meningkat kepada 21 daerah.

Daerah Sebauh dan Bau pula telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah masing-masing merekodkan 27 dan 24 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.  Jumlah daerah berstatus Jingga sebanyak lapan daerah manakala sebanyak sembilan daerah berstatus Kuning dan dua daerah kekal berstatus Hijau.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah 3 Kluster Baharu Disytiharkan Hari Ini, 2 Daripadanya Berpunca Dari Sekolah Menengah
Next Article Ikut Jejak Bintulu, Kini Pergerakan Masuk Ke Kapit Juga Perlu Keputusan Ujian RT-PCR Negatif

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?