I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: 30 Pengasas Muda Telah Terpilih Untuk Menyertai Program TEGAS Youth Founder Mentoring
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
#innovatesarawak

30 Pengasas Muda Telah Terpilih Untuk Menyertai Program TEGAS Youth Founder Mentoring

Oleh Nur Afifah 1 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Tahniah!

30 Pengasas Muda Telah Terpilih Untuk Menyertai Program TEGAS Youth Founder Mentoring. Seorang pengasas yang hebat pastinya bermula dengan pendedahan dan pengalaman. Oleh yang demikian, Hub Inovasi Digital Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) telah melancarkan program mentoring sulung untuk para pengasas muda iaitu program TEGAS Youth Founder Mentoring (YFMP). Program ini dianjurkan selari dengan misi kerajaan Sarawak untuk mempromosikan inovasi digital dan keusahawanan di negeri ini.

Menerusi program ini, 30 pengasas muda dari seluruh Sarawak telah terpilih untuk menyertai program virtual ini yang akan berlangsung bermula pada bulan Mac sehingga Ogos 2021 melalui platform FutureLab. Untuk pengetahuan anda, platform FutureLab ini adalah sebuah platform mentoring dalam talian.

Kebanyakan pengasas muda yang terpilih ini adalah terdiri daripada mahasiswa dan alumni daripada Universiti Swinburne Sarawak, Universiti Curtin Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Centre of Technical Excellence (CENTEXS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), International Institute of Fashion Design (Indonesia), and Campbell University (U.S.A).

30 Pengasas Muda Telah Terpilih Untuk Menyertai Program TEGAS Youth Founder Mentoring
30 Pengasas Muda Telah Terpilih Untuk Menyertai Program TEGAS Youth Founder Mentoring

Program 6 bulan untuk menyediakan mereka menjadi pengasas muda

Program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital TEGAS dengan kerjasama FutureLab ini merupakan program mentoring dalam talian berdurasi 6 bulan yang direka khas untuk anak Sarawak yang berpotensi tinggi untuk menjadi pengasas syarikat pemula atau startup, pelajar institusi pengajian tinggi dan graduan baharu.

Melalui program ini, para peserta akan berpeluang untuk mempelajari kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah menerusi pengalaman menjadi seorang pengasas bersama. Para peserta juga dijangka bakal membina pemikiran keusahawanan sepanjang menyertai program ini selain mengaplikasikan amalan baik sesebuah startup seperti reka bentuk berteraskan pengguna (user-centric design), metodologi lean, pengesahan (validation), dan penciptaan nilai.

Hubungkan pengasas muda Sarawak kepada mentor dari Malaysia, Indonesia dan Singapura

Program mentoring ini juga menyasarkan untuk menghubungkan pengasas muda syarikat pemula dengan mentor usahawan yang berpengalaman dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Bukan itu sahaja, program ini juga turut melengkapkan pengasas muda ini dengan ilmu yang bernilai, sudut pandang tentang keusahawanan, selain menyediakan maklum balas dalam masa nyata (real-time) mengenai idea dan pelan perniagaan untuk menjadi usahawan yang berdaya tahan.

Barisan mentor YFMP 2021.

YFMP ini juga akan memadankan pengasas muda iaitu mentee ini dengan pengasas syarikat pemula, pakar industri dan usahawan yang berpengalaman. Pada penghujung program ini kelak, mereka akan bersedia untuk menghadapi Virtual Demo Day sebagai peluang untuk mereka pitch atau membentangkan idea perniagaan mereka kepada angel investor, agensi pembiayaan dan rakan ekosistem. Malah, program ini juga menyediakan laluan hijau untuk mereka menyertai program yang sinonim dengan TEGAS iaitu TEGAS Startup Lab Accelerator, Social Impact Accelerator, dan Sarawak Shell Livewire.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua institut dan institusi pengajian tinggi kerana telah mempromosikan program mentoring sulung untuk pengasas muda di Sarawak ini di institusi masing-masing serta mendorong mahasiswa dan alumni mereka untuk menyertainya.

Kami percaya dalam pelaburan dan membina bakat Sarawak kita untuk memacu pembangunan untuk negeri ini. TEGAS akan terus menyokong dan memperkasakan syarikat pemula tempatan untuk berkembang secara global, menerusi TEGAS Digital Village yang akan dibuka, dan dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak pertengahan tahun ini,”

Datu Haji Len Talif Salleh, Pengerusi TEGAS merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar

Selamat maju jaya diucapkan buat bakal pengasas muda ini!

Baca juga aktiviti lain yang telah dianjurkan oleh TEGAS :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peningkatan Kes COVID-19 Di Sabah Berpunca Dari Majlis Sosial
Next Article Boleh Dipenjara Hingga 2 Tahun, Penjawat Awam Dinasihatkan Agar Jangan Terlibat Dalam Gerakan Anti-Vax Boleh Dipenjara Hingga 2 Tahun, Penjawat Awam Dinasihatkan Agar Jangan Terlibat Dalam Gerakan Anti-Vax

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?