• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun

Oleh
Husna Hazmi
24 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Hari ini Sarawak mencatat 1,543 kes positif harian Covid-19.

30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun. Kes melibatkan jangkitan Covid-19 ke atas golongan yang belum layak diberikan imunisasi iaitu kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun kian meningkat kebelakangan ini dengan jumlah 25 hingga 30 peratus.

30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun
Gambar sebagai hiasan. Kredit gambar: Kosmo

Elak daripada membawa anak-anak dan remaja ke tempat awam

Oleh itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak Datuk Mohamed Sapian Mohamed, telah menegaskan agar ibu bapa mahupun penjaga agar mengelak daripada membawa anak-anak dan remaja ke tempat awam buat masa ini untuk mengelakkan daripada jangkitan Covid-19.

“Lindungi kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun dan jangan bawa mereka ke tempat awam atau menjangkiti mereka ketika balik ke rumah. Larang mereka bermain di luar rumah atau berkumpul dengan kawan-kawan,” tegas beliau.

Sekiranya terdapat gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, sukar bernafas atau mengalami kelesuan, sakit badan, cirit-birit dan muntah tanpa punca yang dapat dikenal pasti, segeralah dapatkan saringan dan rawatan walaupun gejala adalah ringan dan tidak teruk. 

30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun
Gambar sebagai hiasan

Usaha untuk membantu daripada berlakunya kesesakan di hospital

Sebagai usaha untuk membantu daripada berlakunya kesesakan di hospital, mereka yang kategori 1 (tiada sebarang gejala) dan kategori 2 (bergejala ringan dan tiada radang paru-paru), sila pergi ke klinik kesihatan terdekat manakala kes kecemasan boleh terus ke hospital.

Orang ramai juga dilarang terlibat dalam menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan sosial, majlis atau sambutan keramaian buat masa ini kerana mungkin terdapat kehadiran individu yang dijangkiti, sama ada tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas serta belum menerima imunisasi COVID-19, segeralah datang ke klinik atau pusat vaksinasi berdekatan,” tambahnya.

Kita jaga kita.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan
Next Article Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?