• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia

Oleh
Ismail NA
25 Ogos 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Nampak ceria dan bersemangat!

Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia. Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sudah pun membuka tirai persaingan melalui acara pembukaan yang berlangsung malam tadi. Acara yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang itu menyaksikan seramai 4,537 atlet dari 163 buah negara bersedia untuk memburu pingat emas dalam acara masing-masing bermula hari ini.

Isi Isi Penting
  • Nampak ceria dan bersemangat!
  • “Kami suka persalinan anda!” – #Tokyo2020
  • Netizen bangga dengan pakaian dan atlet paralimpik Malaysia
  • Baca juga fakta menarik tentang 8 atlet dari Borneo yang mewakili Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020 :

Namun demikian, sewaktu upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 semalam, persalinan kontinjen paralimpik Malaysia meraih perhatian dunia apabila akaun Twitter rasmi #Tokyo2020 memuat naik ciapan memuji persalinan tersebut.

Aiyo!

We just wanted an excuse to use that 😁

We just love your outfits Malaysia 😍#OpeningCeremony #Paralympics pic.twitter.com/XCcjlAD1MY

— #Tokyo2020 (@Tokyo2020) August 24, 2021

“Kami suka persalinan anda!” – #Tokyo2020

Akaun rasmi sukan paralimpik Tokyo itu memberitahu bahawa jika ada alasan yang baik, mereka juga menggunakan persalinan kontinjen Malaysia. Malah, mereka sangat menyukai persalinan berwarna warni itu!

Semasa upacara perakakan semalam, kontinjen Malaysia mengenakan pakaian berunsurkan alam Melayu lengkap bersampin dan tanjak untuk lelaki. Bagi pakaian wanita pula, mereka mengenakan baju kurung berona putih dengan kain dan selendang biru bercorak motif songket tampuk manggis. Tidak dilupa, pelitup separuh muka mereka pun ada corak songket. Wah!

Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia
Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia

Kontinjen Malaysia diketuai oleh atlet angkat berat para berasal dari Kuching, Sarawak, Bunnie Bunyau Gustin dan Siti Nooriasah, atlet lari pecut para sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Ciapan akaun rasmi Tokyo 2020 itu mendapat 10.3K ulang kicau dan 16K tanda suka.

Netizen bangga dengan pakaian dan atlet paralimpik Malaysia

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berasa bangga kerana keberadaan kontinjen paralimpik Malaysia di Tokyo mendapat perhatian dunia terutamanya dari jawatankuasa penganjur. Bukan itu sahaja, daripada ciapan berkenaan upacara pembukaan malam tadi, Malaysia antara negara yang diberi tumpuan di samping negara-negara utama dunia seperti China, Korea Selatan, Great Britain, Sepanyol, Sweden dan Brazil.

Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia

“Corak songket tak pernah mengecewakan. Selamat maju jaya buat atlet Malaysia!”

Netizen
Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia
Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia
Motif Songket Berwarna-Warni, Persalinan Kontinjen Paralimpik Malaysia Dapat Pujian Dunia

Ada juga netizen yang menyifatkan bahawa persalinan kontinjen Malaysia kali ini lebih cantik dan ringkas berbanding pakaian kontinjen Olimpik yang sebelum ini. Apa-apa pun, yang lebih penting adalah semangat juang dan sokongan rakyat kepada atlet ini untuk memburu pingat buat negara.

Ayuh, tunjukkan sokongan anda buat atlet paralimpik Malaysia di Paralimpik Tokyo 2020!

Baca juga fakta menarik tentang 8 atlet dari Borneo yang mewakili Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020 :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun
Next Article Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia Takziah, Bapa Atlet Renang Olimpik Malaysia Welson Sim Meninggal Dunia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?