• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan

Oleh
Ismail NA
24 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Hanya 13,031 kelahiran dengan status ‘K’ direkodkan sejak Januari hingga Julai tahun ini.

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan. Kebanyakan orang menyangka bahawa waktu pandemik ini akan menyebabkan ramai kelahiran luar jangka kerana masyarakat banyak menghabiskan masa di rumah daripada bekerja dan melakukan aktiviti di luar. Namun, rekod terbaharu daripada Jabatan Pendaftaran Negeri Sarawak pula menyatakan sebaliknya.

Isi Isi Penting
  • Hanya 13,031 kelahiran dengan status ‘K’ direkodkan sejak Januari hingga Julai tahun ini.
  • Kurang bayi lahir sewaktu pandemik adalah petanda tidak bagus, Sarawak boleh jadi negeri ‘tua’ dengan cepat – Fatimah
  • Kadar kematian meningkat
  • Kaum bumiputera tiada kad pengenalan akan dibantu menerusi pasukan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN
  • Kenali juga etnik kaum minoriti di Sarawak ini :

Bermula dari tempoh Januari sehingga Julai 2021, kadar kelahiran bayi di Sarawak mengalami penurunan sekitar 50.45% berbanding tahun 2020. Hanya 13,031 pendaftaran kelahiran berstatus ‘K’ telah dibuat dalam tempoh tersebut berbanding 26,298 pendaftaran direkodkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan
Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan

Kurang bayi lahir sewaktu pandemik adalah petanda tidak bagus, Sarawak boleh jadi negeri ‘tua’ dengan cepat – Fatimah

Perkara ini diumumkan oleh Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak menerusi satu sidang media semalam. Menurut beliau, kadar kelahiran di Sarawak ini mencatatkan penurunan dan ia adalah suatu kerisauan. Tambahnya lagi, jika kadar kelahiran ini menurun secara berterusan, Sarawak bakal bertukar menjadi negeri berpopulasi warga emas dengan lebih cepat daripada negeri-negeri lain.

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan
Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak. Kredit : The Borneo Post

Rekod terbaharu ini juga menunjukkan tiada fenomena ‘baby boom’ berlaku sepanjang pelaksanaan PKP sewaktu pandemik COVID-19 ini.

Sebelum sidang media itu, Fatimah sempat mempengerusikan sebuah mesyuarat yang membincangkan tentang kadar kelahiran dan kematian, isu berkaitan dokumen pengenalan, keluarga dan pertumbuhan populasi, serta impak pandemik kepada kadar kelahiran.

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan

Bagi mengatasi masalah penurunan kadar kelahiran ini, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak untuk membincangkan solusi yang boleh diambil.

Sejak pandemik melanda tahun lalu, Sarawak mula mencatatkan trend penurunan dalam jumlah kelahiran di mana hanya 31,176 bayi didaftarkan berstatus ‘K’, penurunan sebanyak 8.2% berbanding 33,304 kelahiran bayi pada tahun 2019.

Kadar kematian meningkat

Walau bagaimanapun, dari segi kadar kematian, Sarawak mencatatkan peningkatan sebanyak 11.53% untuk tempoh Januari sehingga Julai dengan 14,505 kematian berbanding hanya 13,005 kematian dicatatkan dalam jumlah tempoh yang sama, secara kumulatif untuk tahun 2019 dan 2020.

Dalam pada masa yang sama, Fatimah turut menggesa orang ramai agar mendaftarkan pernikahan mereka di JPN kerana status kewarganegaraan anak akan mengikut status ibu mereka. Sekiranya ibu mereka adalah warga asing dan pernikahan dengan rakyat tempatan tidak didaftarkan, anak mereka tidak akan mempunyai sebarang kewarganegaraan.

Kadar Kelahiran Di Sarawak Turun 50% Tahun Ini, Menteri Ini Kata Ia Sesuatu Yang Membimbangkan
Sumber : JPN

Sekiranya pernikahan telah didaftarkan secara rasmi, anak mereka boleh menghantar permohonan untuk mengesahkan kewarganegaraan di bawah Seksyen 15A Perlembagaan Malaysia. Untuk melayakkan seseorang anak mendapat taraf kerakyatan, mereka haruslah berusia di bawah 21 tahun dan hadir sendiri di hadapan Pegawai Pendaftar semasa menyerahkan dokumen permohonan.

Kaum bumiputera tiada kad pengenalan akan dibantu menerusi pasukan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) JPN

Untuk isu kaum Bumiputera yang tidak mempunyai dokumen kad pengenalan, mereka akan dibantu oleh JPN menerusi proses undang-undang yang relevan dan berlandaskan perlembagaan negara. Sehingga kini, JPN Sarawak telah menyediakan khidmat membantu golongan Bumiputera tanpa kad pengenalan ini dengan konsisten menerusi pasukan Menyemai Kasih Rakyat (Mekar). Terdapat 6 buah pasukan ini di seluruh negeri Sarawak iaitu di Kuching, Bintulu, Sri Aman, Kapit, dan Miri.

Kenali juga etnik kaum minoriti di Sarawak ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Next Article 30 Peratus Pesakit COVID-19 Di Sarawak Adalah Daripada Golongan Bawah 18 Tahun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?