• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

33 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Sarawak Untuk Membantu 1,826 Mangsa Banjir

Oleh
ILB - AI
14 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
33 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Sarawak Untuk Membantu 1,826 Mangsa Banjir

Seramai 1,826 mangsa banjir telah dipindahkan ke 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS)

33 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Sarawak Untuk Membantu 1,826 Mangsa Banjir. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) melaporkan bahawa sejumlah 33 PPS di seluruh Sarawak telah dibuka untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

1,826 mangsa banjir ini terdiri daripada 507 keluarga di bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.

33 Pusat Pemindahan Sementara Dibuka Di Sarawak Untuk Membantu 1,826 Mangsa Banjir

Dibuka sejak pukul 12PM hari ini

PPS di bahagian Kuching dilaporkan menampung 1,250 mangsa banjir dari 337 keluarga, iaitu Balai Raya Taman Desa Wira (35), Dewan SK Matu Baru (94), Dewan Serbaguna Masyarakat Malihah (209), Batu Kawa 38 Commercial Center (185), SJK Chung Hua Sungai Tengah (31), Dewan Masyarakat Stapok (127), Dewan Serbaguna Lorong 5I Desa Wira (150), Sekolah Rendah Bantuan Sejijak (20), SK Sejijak (17), SK Encik Buyong (60), Dewan Sinar Budi Baru (216) dan Dewan Serbaguna Kampung Batu Kitang Jaya (35).

Di bahagian Bau, 2 PPS telah dibuka iaitu PPS Dewan Serbaguna Kampung Bogag (33), Surau Nurul Hidayah (11), Dewan Kampung Tanjong Batu 5 (9), Dewan Kampung Tanjong (9), Masjid Darul Ehsan Kampung Buso (4) manakala Balai Raya Kampung Jugan, Balai Raya Kampung Barieng, Balai Raya Kampung Tringgus, Balai Raya Kampung Melayu dan ST Martin Segong.

Di Serian, 6 PPS telah dibuka untuk menampung 452 mangsa banjir melibatkan 133 keluarga. PPS ini ialah Dewan Kampung Betong Kanowit (23), Dewan Kampung Lintang Baru (92), Dewan Baru Siniawan Jepon (19), Gereja St Peter Kampung Soh (58), SK Tanah Merah (164), dan Surau Al-Hadhari Kampung Rimba Padi (96).

2 PPS di Bahagian Samarahan dibuka iaitu Dewan Simunjan (44) dan Pusat Sivik Kota Samarahan (51).

Bahagian Miri juga membuka 2 PPS iaitu Dewa Kampung Batu 1 (7) dan Surau Darul Imam Tudan Fasa 2 (22).

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM 1,000 Untuk Guru Kreatif Melalui Peraduan Anjuran JPN Sarawak Ini
Next Article Senarai Bantuan Yang Anda Boleh Sumbangkan Untuk Membantu Mangsa Banjir Senarai Bantuan Yang Anda Boleh Sumbangkan Untuk Membantu Mangsa Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?