fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
13 Januari 2021
Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Tiga daerah di Sarawak dilanda banjir kilat dan 363 mangsa telah dipindahkan.

Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat. Daerah Kuching, Miri, dan Serian kini dilanda banjir kilat apabila hujan tanpa henti sejak 24 jam yang lalu.

Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat
Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat
Hujan Lebat Tak Henti-Henti, Tiga Daerah Di Sarawak Dilanda Banjir Kilat. kredit gambar:@apmkuching

Pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak

Setakat jam 1 petang ini, seramai 363 mangsa banjir daripada 140 keluarga telah ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak.

ADVERTISEMENT

Menurut Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri, Henderi Ardimansyah, PPS tersebut ialah empat di Kuching sementara masing-masing satu di Serian dan juga Miri.

Angka mangsa banjir tertinggi dicatatkan di daerah Kuching, dengan 333 mangsa daripada 132 keluarga dan melibatkan empat buah kampung.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT
Situasi di Taman Malihah Kuching kini dinaiki air dan banyak keluarga dipindahkan kerana paras air yang semakin meningkat. kredit gambar:@apmkuching

Operasi pemindahan dan menyelamatkan mangsa

Operasi pemindahan dan menyelamatkan mangsa turut dibantu oleh Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan PPS dan khemah yang digunakan selamat serta mematuhi SOP COVID-19.

Terdahulu hujan lebat luar biasa melanda seluruh negeri Sarawak dalam tempoh 24 jam mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air terutamanya kawasan yang berhampiran tebingan sungai.

ADVERTISEMENT

Antara PPS yang terlibat ialah PPS Dewan Kampung Betong Kenawit, Dewan Serbaguna Kampung Batu 1, Balai Raya Taman Desa Wira dan Dewan Serbaguna Taman Malihah.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy