Anda seorang guru yang suka menulis? Mungkin ini peluang anda!
Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM 1,000 Untuk Guru Kreatif Melalui Peraduan Anjuran JPN Sarawak Ini. Untuk pengetahuan anda, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kini menganjurkan sebuah Peraduan Penulisan Esei Kritikan & Karya Kreatif Hari Guru 2021. Peraduan yang dianjurkan buat edisi ke 34 ini bertujuan untuk memperbanyakkan lagi karya-karya tentang isu pendidikan di Malaysia serta mengembangkan bakat penulisan dalam kalangan guru dan pelatih guru di Malaysia.
Bukan itu sahaja, karya-karya bacaan untuk pelajar sekolah juga boleh diperbanyakkan sekaligus khazanah sastera kebangsaan di Sarawak dan Malaysia, amnya.
Siapakah yang layak untuk menyertai peraduan ini?
Peraduan Penulisan Esei Kritikan & Karya Kreatif Hari Guru 2021 ini terbuka kepada ;
- Semua pegawai perkhidmatan pendidikan, sama ada yang masih berkhidmat ataupun sudah bersara
- Guru pelatih di institut-institut perguruan di Sarawak kecuali Jawatankuasa Peraduan
Syarat penyertaan
- Secara persendirian atau berkumpulan (kumpulan bermaksud ditulis atau dikendalikan oleh dua orang atau lebih).
- Semua genre hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja kecuali cerpen yang boleh ditulis dalam Bahasa Iban atau Bahasa Inggeris.
- Peserta boleh menghantar 2 karya sahaja dalam setiap genre.
- Borang penyertaan dan karya boleh dihantar melalui pautan Google Form:
https://forms.gle/T3AQ4xVhuLYwzoTp7 - Hak menerbitkan cerpen, kritikan sastera dan sajak yang dipertandingkan terserah kepada Jawatankuasa Perayaan Hari Guru, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Hak cipta karya dipegang oleh penulis skrip.
- Semua penyertaan yang diterima selepas 15 Februari 2021 tidak akan dihakimi.
- Semua karya akan dihakimi oleh panel hakim yang dilantik oleh Jawatankuasa Perayaan Hari Guru, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
- Karya yang pernah dihantar untuk menyertai peraduan sebelum ini tidak akan dihakimi .
- Jawatankuasa Peraduan Penulisan Esei dan Karya Kreatif Hari Guru berhak menarik balik anugerah kemenangan sekiranya didapati penulis melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Peraduan ini.
Sebelum anda mula menulis karya anda, pastikan anda membaca syarat-syarat peraduan seperti di bawah;
Genre 1 : CERPEN DAN SAJAK (BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS, BAHASA IBAN)
i. Tema hendaklah berkisar di sekitar dunia pendidikan, tetapi tidak boleh menyentuh soal-soal sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang perseorangan atau mana-mana kaum dan agama.
ii. Panjang setiap cerpen hendaklah antara 3000-5000 patah perkataan (ditaip langkau dua baris) manakala sajak hendaklah tidak melebihi 50 baris dengan fon bersaiz 12.
iii. Cerpen atau sajak hendaklah asli bukan terjemahan atau saduran dan belum pernah diterbitkan atau disiarkan di mana-mana dalam sebarang bentuk media.
Genre 2 : KRITIKAN SASTERA
i. Karya yang dikritik hendaklah diambil dari salah satu daripada karya dalam siri Antologi Cikgu.
ii. Matlamat kritikan adalah : Untuk mengulas secara kritis kekuatan, keistimewaan dan kelemahan karya yang dipilih bagi membantu khalayak sastera menikmati buku yang dikritik.
Untuk mengapresiasi karya yang baik, memberi bimbingan kepada karya yang belum mantap dan memberi inspirasi kepada para penulis baru atau guru yang belum pernah menulis.
iii. Kritikan sastera boleh dilakukan daripada segi :-
-Struktural (atau satu-satu aspek struktural sastera sahaja)
-Psikologikal/psikoanalisis
-Perbandingan teks/interteks
-Tipainduk
-Historikal
-Stilistik
-Pendekatan integratif
-Sorotan pemikiran para guru
-Atau mana-mana pendekatan yang sesuai
iv. Kupasan hendaklah menyakinkan dan sesuai dengan pendekatan yang dipilih.
v. Panjang esei hendaklah tidak melebihi 35 halaman (langkau dua baris dan saiz fon 12).
Menangi hadiah wang tunai sehingga RM 1,000!
Guru yang terpilih dalam peraduan ini bakal menerima hadiah wang tunai seperti berikut;
CERPEN (BAHASA MALAYSIA)
1 Hadiah Pertama – RM 1000.00
1 Hadiah Kedua – RM 800.00
1 Hadiah Ketiga – RM 600.00
3 Hadiah Sagu Hati – RM 300.00
CERPEN (BAHASA INGGERIS)
1 Hadiah Pertama – RM 1000.00
1 Hadiah Kedua – RM 800.00
1 Hadiah Ketiga – RM 600.00
3 Hadiah Sagu Hati – RM 300.00
CERPEN (BAHASA IBAN)
1 Hadiah Pertama – RM 1000.00
1 Hadiah Kedua – RM 800.00
1 Hadiah Ketiga – RM 600.00
3 Hadiah Sagu Hati – RM 300.00
KRITIKAN SASTERA
1 Hadiah Pertama – RM 1000.00
1 Hadiah Kedua – RM 800.00
1 Hadiah Ketiga – RM 600.00
3 Hadiah Sagu Hati – RM 300.00
SAJAK
1 Hadiah Pertama – RM 500.00
1 Hadiah Kedua – RM 400.00
1 Hadiah Ketiga – RM 300.00
3 Hadiah Sagu Hati – RM 200.00
Keputusan peraduan akan diumumkan semasa pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Tahun 2021. Penyertaan anda juga boleh dihantar ke pautan ini : PERADUAN PENULISAN ESEI KRITIKAN DAN KARYA KREATIF GURU 2021
Selamat menulis!