• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Atlet Petanque Wanita Sarawak Bakal Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia Sepanyol

Oleh
Nazihah AN
11 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

All the best, anak Sarawak!

4 Atlet Petanque Wanita Sarawak Bakal Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia Sepanyol. Dipetik dari The Borneo Post, empat pemain Petanque wanita elit Sarawak akan mewakili Malaysia dalam pertandingan “World Triples And Precision Shooting Championship” di Santa Susanna, Sepanyol dari 12 November hingga 21 November 2021.

Isi Isi Penting
  • All the best, anak Sarawak!
  • Mereka adalah pemain yang telah mencapai tahap prestasi tinggi dalam sukan petanque
  • Memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam latihan dan bersaing dengan pemain bertaraf dunia
  • Semoga mereka mendapat kejayaan, mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia! Bagi anda yang minat untuk mengetahui lebih banyak berkenaan atlet Sarawak boleh baca pautan artikel dibawah:

Pemain-pemain tersebut ialah Nuraza Sening, Nur Durratul Hikmah Yazit, Nur Syahirah Sabri dan Nur Durratul Iffah Yazit turut diiringi ketua jurulatih petanque Sarawak, Ahmad Saberi Yusuf.

Mereka adalah pemain yang telah mencapai tahap prestasi tinggi dalam sukan petanque

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee menyatakan kepada pihak media The Borneo Post bahawa beliau yakin anak-anak Sarawak akan beraksi dengan baik dalam kejohanan dunia.

“Mereka adalah pemain yang telah mencapai tahap prestasi tinggi dalam sukan itu dan telah mencapai kejayaan dalam beberapa pertandingan peringkat kebangsaan. Kami berharap pemain dan jurulatih akan mencapai kejayaan di Sepanyol dan membanggakan Sarawak dan negara,” kata beliau semasa majlis penyampaian bendera di Pusat Aluatik Pandalela Rinong, Isnin lalu.

4 Atlet Petanque Wanita Sarawak Bakal Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia Sepanyol
4 Atlet Petanque Wanita Sarawak Bakal Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia Sepanyol. Sumber gambar: The Borneo Post

Memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam latihan dan bersaing dengan pemain bertaraf dunia

“Pendedahan bertaraf dunia ini akan menunjukkan bahawa atlet Sarawak setanding dengan atlet bertaraf dunia dan ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman dalam latihan dan bersaing dengan pemain bertaraf dunia. Saya difahamkan mereka akan menjalani latihan di Sepanyol selama beberapa minggu. Kami berharap mereka akan kembali ke Sarawak dengan pingat dan kejayaan.” tambah beliau

Pertemuan dunia ini adalah sebahagian daripada pasukan petanque Sarawak sebagai persediaan menghadapi Sukma 2022 dan Kejohanan Antarabangsa seperti SEA, Asia dan Sukan Komanwel.

Dinyatakan juga bahawa ianya merupakan pertandingan antarabangsa pertama mereka sejak wabak COVID-19 tercetus dua tahun lalu.

Semoga mereka mendapat kejayaan, mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia! Bagi anda yang minat untuk mengetahui lebih banyak berkenaan atlet Sarawak boleh baca pautan artikel dibawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tikam Bekas Isteri Guna Pisau, Seorang Lelaki Dari Kuching Mengaku Tidak Bersalah
Next Article Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?