• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik

Oleh
Husna Hazmi
11 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Wahh memang cantik UTS Sibu ni!

Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik. UTS Sarawak di Sibu kini berwajah baharu dengan bertemakan seni bina yang amat mengagumkan.

Baru-baru ini, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) telah dianugerahkan status universiti penuh daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik
Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik. Kredit gambar: Utusan Borneo

UCTS ini ditubuhkan pada 1 April 2013

Buat pengetahuan anda, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) ini ditubuhkan pada 1 April 2013 dan dianugerahkan status universiti penuh pada 8 November 2021 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), sebelum ianya ditukar nama kepada UTS.

Sejak ditubuhkan, institut ini telah berjaya menghasilkan 2,200 graduan dengan mencatatkan purata kadar kebolehpasaran graduan tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 99.1 peratus.

Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik
Kredit gambar: @kamarul14

Insentif kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UTS

Sempena pelancaran Universiti Teknologi Sarawak itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan beberapa insentif kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UTS.

Antara insentif yang ditawarkan bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UTS adalah Biasiswa Yayasan UTS, Biasiswa Prasiswazah dan Pascasiswazah UTS serta Skim Biasiswa UTS, selain bantuan kewangan daripada Yayasan Sarawak.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Atlet Petanque Wanita Sarawak Bakal Mewakili Malaysia Ke Kejohanan Dunia Sepanyol
Next Article Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?