• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

4 Homestay ‘Muslim-Friendly’ Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Oleh
Ismail NA
18 November 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Metrocity Kuching, lokasi all-in-1

4 Homestay ‘Muslim-Friendly’ Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga. Sebut sahaja Metrocity Kuching, ramai yang mengetahui bahawa lokasi ini adalah kawasan yang strategik untuk didiami. Apatah lagi Metrocity dipenuhi dengan restoran pelbagai jenis makanan yang sedap, tempat membeli belah dan pasar malam dengan jarak berjalan kaki sahaja.

Isi Isi Penting
  • Metrocity Kuching, lokasi all-in-1
  • 1. Homestay Ar-Rahman
  • 2. NZ Homestay
  • 3. Alhambra Metrocity Homestay
  • 4. Al-Hariz Homestay Apartment
  • Kalau kat Airbnb, kami cadangkan tempat ini :

Kalau anda ke Kuching dan jemu tidur di hotel, apa kata anda tempah homestay dekat kawasan Metrocity ini? Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 4 homestay terbaru di Metrocity Kuching yang boleh anda tempah untuk percutian keluarga. Paling penting, homestay ini adalah homestay yang mesra Muslim. Jom!

Kredit : FB NZ Homestay Metrocity Square | Facebook

1. Homestay Ar-Rahman

Unit ini baru dibuka untuk tempahan homestay sekitar bulan September yang lalu. Homestay Ar-Rahman ini terletak di Metrocity Apartments di Matang, Kuching. Bukan sahaja ia dekat dengan pasar malam ikonik Uptown Metrocity, rumah ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur berserta katil saiz Queen, 2 bilik mandi lengkap dengan pemanas air, ruang tamu berserta TV 40 inci.

Homestay ini juga sesuai untuk percutian keluarga kerana terdapat mesin basuh serta dapur basah dan kering yang dilengkapi dengan peti sejuk, periuk nasi, cerek air, pengisar, alat gelombang ketuhar dan peralatan dapur.

Paling best, homestay ini juga menyediakan perkhidmatan WiFi dan langganan Netflix yang membolehkan anda menikmati percutian tanpa rasa jemu dan bosan!

Pautan Whatsapp tempahan : www.Wasap.my/60128960714/Metrocity

4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
4 Homestay ‘Muslim-Friendly’ Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga. Kredit : FB Rulidah Seman
4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB Rulidah Seman

2. NZ Homestay

Kalau dilihat daripada gambar, memang cantik sangat rumah homestay ni! NZ Homestay yang terletak di Manhattan Metrocity Square Condo ini baru sahaja dibuka selepas Hari Deepavali tempoh hari. Unit ini menawarkan ruang tamu yang mempunyai pendingin hawa, 3 bilik tidur dan 2 kamar mandi. Selain itu, rumah ini juga dilengkapi dengan TV bersaiz 55 inci, dan peralatan asas memasak.

Bukan itu sahaja, jendela di homestay ini juga betul-betul menghadap pemandangan Gunung Serapi di Matang. Fuh!

Pautan Whatsapp tempahan : https://wa.me/message/4HRYEWZ46HV2K1

4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB NZ Homestay Metrocity Square | Facebook
4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB NZ Homestay Metrocity Square | Facebook
4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB NZ Homestay Metrocity Square | Facebook
4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB NZ Homestay Metrocity Square | Facebook

3. Alhambra Metrocity Homestay

Alhambra Metrocity juga tidak kurang baru. Homestay ini mula beroperasi sejak penghujung September yang lalu. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan semua bilik dilengkapi dengan pendingin hawa! Wow!

Selain itu, rumah ini juga dilengkapkan dengan servis Unifi berserta perkhidmatan Unifi TV yang membolehkan anda menonton TV tanpa sebarang gangguan. Yang lain-lain tentulah ada peralatan memasak dan pinggan mangkuk untuk anda makan serta minum. Nampak selesa kan? Bolehlah pertimbangkan untuk percutian bersama keluarga anda.

Pautan Whatsapp tempahan : http://www.wasap.my/60103580251

4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB Alhambra Metrocity Homestay – Posts | Facebook

4. Al-Hariz Homestay Apartment

Al-Hariz Homestay merupakan sebuah rumah yang boleh menempatkan sehingga 8 orang pelawat untuk sebuah rumah. Rumah ini mempunyai 2 buah bilik serta ruang tamu moden. Terdapat 2 meja makan serta kelengkapan dapur yang lengkap untuk memudahkan urusan percutian anda. Paling penting, rumah ini juga mempunyai mesin basuh di mana anda boleh menjimatkan wang saku anda daripada dobi layan diri.

Pautan Whatsapp tempahan : wa.link/d6p29q

4 Homestay 'Muslim-Friendly' Yang Baru Di Metrocity Kuching, Sesuai Untuk Percutian Keluarga
Kredit : FB Al-Hariz Homestay – Posts | Facebook

Kesemua unit homestay ini adalah unit yang baru sahaja dibuka pada tahun ini. Walaupun kelonggaran untuk bercuti sudah pun kita nikmati, tetap juga SOP dan penjarakan sosial perlu diamalkan setiap masa agar kita semua kekal selamat daripada jangkitan pandemik. Apa-apa pun, rancanglah percutian anda dengan sebaiknya dan tempah penginapan yang hebat seperti ini awal-awal, ya!

Kalau kat Airbnb, kami cadangkan tempat ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti Comel! 20 Ekor Ikan Lumba-Lumba Dijumpai Berenang Seirama Di Taman Negara Marin Miri Sibuti
Next Article Viral Di Tiktok, Ibu Terkejut Buaya Munculkan Diri Di Pantai Kuala Sibuti Miri Viral Di Tiktok, Ibu Terkejut Buaya Munculkan Diri Di Pantai Kuala Sibuti Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?