• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi ‘Makan Rasuah’ Libat Projek Bekalan Air

Oleh
Nazihah AN
11 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air

Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 hingga 50an

4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi ‘Makan Rasuah’ Libat Projek Bekalan Air. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak tegas dengan menahan empat individu yang termasuk seorang pengarah jabatan kerajaan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah.

Aktiviti rasuah tersebut didakwa melibatkan pemberian dan penerimaan harta bernilai jutaan ringgit, khususnya dalam bentuk kenderaan dan kediaman.

4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air
4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi ‘Makan Rasuah’ Libat Projek Bekalan Air

Suspek membantu syarikat memperoleh dua projek bekalan air dianggarkan bernilai RM44.4 juta.

Empat individu yang ditahan termasuk seorang pengarah jabatan kerajaan, dua penjawat awam, pemilik syarikat yang juga pengurus sebuah amanah pelaburan. Kesemua suspek, yang berusia antara 30 hingga 50-an tahun, ditahan kira-kira pukul 7.30 malam di pejabat SPRM Sarawak selepas dipanggil memberikan keterangan.

Menurut FMT, suspek utama iaitu pengarah disyaki menerima rasuah daripada pemilik syarikat sejak 2018 hingga 2021 sebagai ganjaran membantu syarikat memperoleh dua projek bekalan air dianggarkan bernilai RM44.4 juta.

4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Pengurus pelaburan itu turut ditahan atas tuduhan menerima bayaran dan harta sebagai satu bentuk penipuan terhadap suspek utama. “Pengurus didakwa menerima rasuah dalam bentuk wang tunai dan harta sebagai balasan bantuan yang diberikan kepada suspek utama,” jelas sumber itu.

Sementara itu, Datuk Tan Kang Sai, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air
Sumber gambar: The Borneo Post
4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air

Semua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada pagi tadi untuk mendengar permohonan reman sebagai langkah seterusnya dalam proses pengadilan dan siasatan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah:

Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu
Teruja Dengan Sifat Rakyat Sarawak, Wanita Ini Cerita Pengalamannya Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarian Ngajat Iban ‘Mendunia’ Di Cheonan World Dance Festival Korea
Next Article KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?