• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarian Ngajat Iban ‘Mendunia’ Di Cheonan World Dance Festival Korea

Oleh
Farisha
11 Oktober 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial, tarian Ngajat Iban sampai ke Korea

Tarian Ngajat Iban ‘Mendunia’, Di Cheonan World Dance Festival Korea. Satu hantaran tular di media sosial mengenai kumpulan penari dari Malaysia mempersembahkan tarian Ngajat Iban di sebuah pertandingan menari di Korea Selatan.

Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok, tarian Ngajat Iban tersebut telah dipersembahkan di Cheonan World Dance Festival 2023 di Korea Selatan, baru-baru ini.

Tarian Ngajat Iban 'Mendunia', Di Cheonan World Dance Festival Korea
Sumber: TikTok

Tarian Ngajat Iban berjaya ke pentas final

Bukan itu sahaja, kumpulan penari yang mewakili Universiti Teknologi Petronas (UTP) Performance Art Group tersebut difahamkan telah berjaya ke pentas akhir (final) sekaligus meraih Gold Prize dalam festival tersebut.

Kredit: TikTok

Selepas menamatkan persembahan, orang ramai memberikan tepukan yang gemuruh di atas persembahan yang menakjubkan daripada kumpulan dari universiti terkemuka tanah air tersebut. Nampaknya orang Korea pun terkesima melihat rentak tari tarian tradisional masyarakat Iban ini!

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa bangga menjadi rakyat Sarawak kerana tarian tersebut sudah diperluaskan di Korea.

Tarian Ngajat Iban 'Mendunia', Di Cheonan World Dance Festival Korea
Sumber: TikTok

Netizen bangga dengan pencapaian anak Sarawak ke Korea

Orang ramai turut menzahirkan ucapan tahniah kepada kumpulan dari UTP tersebut kerana telah memberikan persembahan Ngajat Iban yang terbaik kepada masyarakat dunia.

Untuk makluman, Ngajat Iban adalah tarian tradisional orang Iban, salah satu daripada suku kaum Dayak asli Sarawak. Tonton video tarian Ngajat Iban tersebut menerusi akaun TikTok @ipoiajan dan @karlbhozai di bawah.

@karlbhozhai #tiktokmalaysia🇲🇾 #cheonandancefestival #support #proudiban #proudsarawakian #fypシ #ibantiktok ♬ original sound – KarlBhozhai
https://www.tiktok.com/@ipoiajan/video/7287905998591839490?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7212548324585489922

Tarian ini merupakan sebahagian penting dalam budaya Iban dan dipertunjukkan dalam pelbagai acara dan perayaan, termasuk festival, perkahwinan, dan acara budaya lain.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Dari ‘Dancer’ Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen
Bangga Dengan Budaya Sarawak, Individu Dari Melaka Pakai Baju Iban Demi Keretapi Sarong 2023
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi 'Tapaw' Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu
Next Article 4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air 4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi ‘Makan Rasuah’ Libat Projek Bekalan Air

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?