• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak

Oleh
Aina Musa
11 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak

Tiada beras plastik di Sarawak

KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak. Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Sibu tidak menemui sebarang unsur plastik semasa analisis awal terhadap sampel beras seperti yang didakwa dalam video tular mengenai beras plastik dijual di pasaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua KPB Sibu Mohd Izzwan Ibrahim berkata, pihak berkuasa menafikan kewujudan beras plastik di pasaran khususnya di Sibu.

KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak
KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak. Kredit: Utusan Borneo

Katanya, KPB bagaimanapun masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Kimia mengenai keputusan sampel beras yang dihantar untuk dianalisis.

“Terjejas dengan video yang tular di media sosial mengenai dakwaan beras plastik dijual di pasaran daripada pembekal di sini, pembekal jenama beras ini telah tampil ke pejabat KPB untuk membuat aduan rasmi mengenai video tular itu.

“Kementerian (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) memandang serius dakwaan itu dan siasatan lapangan telah dijalankan oleh KPB pada hari sampel beras diperoleh di premis pembekal untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan dianalisis.

“Hasil awal yang dijalankan KPB tidak menemui sebarang unsur plastik seperti yang didakwa.

KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak

“Bagaimanapun, KPB masih menunggu keputusan daripada Jabatan Kimia yang lebih arif,” kata Mohd Izzwan.

Jelasnya, bagi setiap kemasukan beras import di pelabuhan, sijil keselamatan perlu disediakan oleh pengeksport dan Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) yang juga akan menjalankan pemeriksaan sebelum mengagihkan beras itu.

“KPB menafikan wujudnya beras plastik di pasaran khususnya di Sibu.

“KPB juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan makanan negara khususnya beras,” katanya.

KPB Sibu Sangkal Dakwaan Netizen, Tiada Penjualan Beras Plastik Di Pasaran Sarawak

Beliau memberi amaran tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung perkara ini.

“Sekiranya ada masalah beras, sila buat aduan rasmi kepada KPB dan jangan sebarkan maklumat palsu atau tidak berasas seperti yang didakwa di media sosial.

“Kami akan bekerjasama dengan polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sekiranya ada pihak yang sengaja menyebarkan berita tidak tepat untuk menimbulkan kebimbangan orang ramai,” tegasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Dakwa Beli Beras Plastik Di Sabah, Individu Tampil Mohon Maaf Dan Mengaku Buat ‘Cerita’ Palsu
Order 600 Set Daging, 1 Family Kantoi ‘Tapaw’ Makanan Di Sebuah Kedai Makan Steamboat Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi 'Makan Rasuah' Libat Projek Bekalan Air 4 Individu Berjaya Ditahan SPRM Sarawak, Kantoi ‘Makan Rasuah’ Libat Projek Bekalan Air
Next Article Halang Laluan Pejalan Kaki Untuk Orang Buta, Pasu Bunga Di Waterfront Kuching Raih Perhatian Netizen Halang Laluan Pejalan Kaki Untuk Orang Buta, Pasu Bunga Di Waterfront Kuching Raih Perhatian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?