• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan

Oleh
ILB - AI
11 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan
Individu tersebut meluahkan kekecawaan tersebut di laman facebook

4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan. Umum diketahui bahawa individu yang ingin memasuki Sarawak perlu mengemukakan permohon melalui sistem atas talian ‘Enter Sarawak’. Sistem tersebut diperkenalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang pertama pada bulan Mac 2020 yang lalu.

Baru baru ini, seorang individu yang berasal dari Sarawak telah meluahkan perasaan beliau selepas permohonan beliau untuk masuk ke Sarawak telah ditolak sebanyak 4 kali. Lebih membingungkan juga apabila individu tersebut sepatutnya menaiki pesawat pada keesokan harinya.

4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan
4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan

Individu tersebut turut menyatakan bahawa beliau juga telah kehilangan kerja. Ditambah pula dengan proses untuk balik ke Sarawak yang rumit dan juga talian bantuan pihak sepatutnya yang berkemungkinan sibuk untuk melayan semua panggilan individu yang cuba menghubungi mereka.

Luahan individu tersebut mendapat perhatian rakyat Sarawak yang berada di luar Sarawak dengan ramai juga di antara mereka yang meluahkan kekecewaan dengan kekangan sistem kemasukan tersebut. Ada juga yang mencadangkan agar ada petisyen dibuat bagi mendesak sistem tersebut dihapuskan.

Ada juga individu yang pernah mengalami situasi yang hampir sama. Tambah beliau lagi, beliau sudah 2 tahun tidak dapat berjumpa dengan anak beliau sendiri. Individu tersebut juga mencadangkan agar kaunter khas Sarawak dibuka di KLIA bagi memudahkan orang Sarawak.

Ada juga yang menunjukkan tangkap layar mereka meluahkan perasaan ke whatsapp SDMC. Ada juga yang meluahkan perasaan mereka bahawa mereka ingin kembali ke Sarawak bukan untuk tujuan suka suka.

Ada juga netizen yang meminta agar Prosedur Operasi Standard dimudahkan bagi individu yang telah lengkap divaksin bagi memudahkan mereka memohon masuk ke Sarawak terutamanya mereka yang ingin berjumpa keluarga.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah mendapat hampir lebih dari 500 tanda suka dan emoji di Facebook dan hampir 300 perkongsian.

Bagi anda yang ingin memasuki Sarawak atas urusan rasmi dan atas urusan urusan lain yang dibenarkan, anda boleh rujuk SOP di bawah untuk memohon kebenaran masuk. Pastikan juga anda melakukan rujukan di laman sesawang MOT Sarawak untuk mendapatkan jadual penerbangan yang dibenarkan dan sentiasa merujuk di laman rasmi SDMC : https://sarawakdisastermc.com/ untuk mendapatkan panduan SOP terkini untuk perkara berkaitan.

Baca juga artikel lain :
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri
Next Article Uggah : Pemansuhan Kuarantin 14 Hari Ke Sarawak Akan Dipertimbangkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?