I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri

Oleh Husna Hazmi 10 September 2021
Kongsi
5 Min Bacaan

Pelik tapi benar!

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri. Seperti yang kita ketahui, air laut secara semulajadinya memang masin. Dengan memasak sahaja air laut ini tidak cukup untuk menjadikannya selamat untuk diminum. Terdapat pelbagai proses yang teliti perlu dilakukan dahulu sebelum dapat mengubah air laut ini sebelum ianya boleh diminum.

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006,  Punca Fenomena Ini Kekal Misteri
Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006, Punca Fenomena Ini Kekal Misteri

Air masin bertukar menjadi manis

Kisah menarik yang dipetik daripada Iluminasi ini berlaku pada 18 Ogos 2006 di Mumbai, India apabila terdapat satu kejadian yang amat aneh di mana air masin di muara dan pantai daerah berkenaan dikatakan bertukar menjadi manis. Tidak masuk di akal, namun fenomena luar biasa tersebut terjadi apabila air masin di sebuah muara yang dikenali sebagai Muara Mahim bertukar menjadi manis.

Perkara itu mulai disedari oleh penduduk tempatan yang biasa menggunakan air laut berkenaan untuk kegunaan harian. Dalam beberapa jam kejadian itu berlaku, penduduk berhampiran Pantai Teethal di Gujarat mendakwa bahawa air masin di pantai itu juga berasa manis.

Setelah menerima laporan yang aneh tersebut daripada penduduk tempatan, Majlis Perbandaraan Birhanmumbai telah melakukan ujian dan mendapati bahawa air di Muara Mahim hanya mengandungi sekitar 600 zahrah per juta kemanisan berbanding 10,000 zarah per juta pada kebiasaannya.

Fenomena yang aneh tersebut kemudiannya tersebar dengan pantas sekali di mana menjelang tengah malam, orang ramai dari seluruh Mumbai dan juga daerah berhampiran berpusu-pusu membanjiri muara dan pantai di Mahim untuk merasai sendiri kemanisan air laut tersebut!

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006,  Punca Fenomena Ini Kekal Misteri

Sebilangan besar penduduk India berpusu-pusu menuju ke Pantai

Sebilangan besar penduduk India juga turut berpusu-pusu menuju ke Pantai Teethal yang dilaporkan mengalami fenomena aneh yang sama dan mendakwa bahawa perkara ini merupakan satu keajaiban.

Mereka dipercayai meminum serta mengumpul air laut manis tersebut di dalam bekas dan juga botol untuk dibawa pulang. Walaupun pihak kesihatan India telah menegaskan dan mengeluarkan amaran bahawa meminum air tersebut boleh membawa kemudaratan, namun orang ramai pula beranggapan bahawa air tersebut merupakan air suci.

Pihak berkuasa dan juga Ketua Menteri Maharashtra iaitu Vilasrao Deshmukh juga turut berpesan agar orang ramai tidak meminum air di Pantai Mahim dan Teethal tersebut. Didapati bahawa air di kawasan tersebut amatlah tercemar dengan pelbagai kumbahan dan buangan dari sisa industri pada setiap hari.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih lagi berdegil dan tidak mengendah arahan tersebut dan terus mandi, minum dan mengambil air di tempat tersebut meskipun sisa sampah dan juga kumbahan terapung-apung di sekeliling.

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006,  Punca Fenomena Ini Kekal Misteri

Punca sebenar fenomena aneh ini belum dapat dipastikan

Namun, punca sebenar fenomena aneh ini belum dapat dipastikan lagi, pihak berkuasa mengatakan ianya merupakan salah satu kejadian semula jadi. Oleh kerana hujan lebat yang berlaku selama beberapa hari, sebahagian besar air tawar dipercayai mungkin telah mengalir ke laut dan menjadikannya kurang masin.

Menurut seorang ahli geologi dari Indian Institute of Technology Bombay pula, air tawar yang terkumpul disebabkan oleh air hujan lebat itu mempunyai kepadatan berbeza berbanding air laut dan kemudiannya naik dan menutupi air laut serta tersebar di seluruh pantai dan muara.

Terdapat juga penjelasan lain daripada Institut Lautan Naional yang mengatakan bahawa fenomena air laut manis itu mungkin disebabkan pengurangan air laut apabila Sungai Mithi membanjiri Sungai Mahim. Pada masa itu jugam India dilaporkan sedang dilanda cuaca monsun yang lebat serta mengakibatkan kejadian bah di Sungai Auranga dan Banki. Air berlebihan dari sungai-sungai ini telah mengalir masuk ke dalam laut berhampiran.

Kejadian Aneh Air Laut Di India Bertukar Manis Pada Tahun 2006,  Punca Fenomena Ini Kekal Misteri

Fenomena aneh tersebut berakhir dalam masa sehari

Fenomena aneh tersebut berakhir dalam masa sehari di mana kira-kira dalam jam 10.30 pagi 19 Ogos 2006 apabila orang ramai mendakwa air tersebut sudah kurang manis sejak ianya berlaku pada 14 jam yang lalu.

Pada jam 2 petang hari yang sama, air di pantai dan muara tersebut bertukar menjadi masin seperti biasa dan tidak boleh diminum. Walaupun tiada bukti yang boleh menjelaskan fenomena aneh itu, perkara tersebut akan sentiasa diingati dan menjadi bualan orang ramai.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja 15 Tahun Rogol Sepupu Bawah Umur Di Sarawak, Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney
Next Article 4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan 4 Kali Permohonan Balik Ke Sarawak Ditolak, Netizen Luah Kekecewaan

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?