4 recommended art gallery date di Kuching
Ini 4 Lokasi Art Gallery Date Yang Boleh Anda Kunjungi Di Kuching. Kebiasaanya, shopping mall akan menjadi destinasi utama setiap kali hang-out bersama rakan atau pasangan kita.
Korang tahu tak sebenarnya banyak tempat menarik di Kuching selain shopping mall? Salah satunya adalah art gallery atau galeri seni. Sekali-sekala boleh jugak ikut trend meseum date dan art gallery date ni.
1. Borneo Cultures Meseum
Siapa tak kenal Borneo Cultures Meseum? Muzium ini terletak di tengah bahagian Kuching dan telah dirasmikan pada 4 Mac 2022 tahun ini. Bangunan lima tingkat ini merupakan muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara.
Bangunan lima tingkat ini meliputi pameran kekal, galeri kanak-kanak, bilik majlis, bilik VIP, auditorium, restoran, kantin, kedai cenderamata termasuk galeri seni dan kraf.
Muzium ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula, ia akan mula beroperasi pada jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.
Nak masuk sini sekarang pun dah tak perlu buat tempahan, cuma perlu walk-in sahaja. Ambillah peluang ini sementara kemasukan masih *percuma.
2. Hoan Gallery
Hoan Gallery pula terletak di tingkat 3, La Promenade Mall Kuching – Samarahan Expressway. Hoan Gallery mengetengahkan hasil seni dan lukisan dengan mengadaptasikan elemen-elemen budaya dan gaya hidup di Sarawak.
Galeri ini dibuka setiap hari, Isnin sehingga Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
3. Saradise Gallery
Saradise Gallery telah diperkenalkan oleh Saradise Sdn Bhd pada tahun 2016. Galeri ini ditubuhkan bagi mempromosikan budaya dan seni serta menjadi platform kepada artis dan pereka tempatan yang terkenal, dan bakat muda Sarawak yang baru muncul dalam mempamerkan karya kreatif mereka.
Galeri ini terletak di Jalan Song dan dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 10 pagi hingga 6 petang. Sebelum merancang ke sini, anda dinasihati untuk menghubungi mereka di talian 082-285799 atau 017-2201381.
4. Indah House Gallery
Indah House Gallery ini telah ditubuhkan pada Julai 2014. Galeri ini ditubuhkan untuk menjadi Kafe berkonsepkan Galeri Seni yang menyediakan platform untuk menggalakkan artis, khususnya artis baru dan muda Sarawak dalam mempamerkan bakat mereka.
Indah House Gallery ini terletak di Jalan Carpentar dan dibuka pada jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Isnin sehingga Ahad. Uniknya di sini, mereka menyediakan banyak aktiviti menarik seperti kelas memasak dan pameran galeri seni.
Next time, datanglah galeri seni. Jangan lupa bawa member dan pasangan anda! Dalam masa yang sama, kita boleh support karya-karya anak Sarawak!