• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini

Oleh
Husna Hazmi
17 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Lukisan bakal dipamerkan di Galeri Hoan, La Promenade Mall.

Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini. Siapa tak kenal gadis jelita berdarah Kelabit -Italy dari Sarawak ini! Alena Murang merupakan seorang penyanyi dan pemain sape berbakat dari Bumi Kenyalang yang terkenal sehingga peringkat Antarabangsa.

Gadis berbakat ini pernah membawa pulang anugerah-anugerah Antarabangsa seterusnya mengharumkan nama negara. Bukan sekadar berbakat dalam nyanyian dan bermain sape, Alena Murang mempunyai satu lagi bakat luar biasa yang ramai tidak tahu.

Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini
Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini. Kredit foto: FB Alena Murang

Bakat Alena Murang yang ramai tidak tahu

Untuk pengetahuan, Alena Murang juga merupakan pelukis berbakat dan jika anda perasan, anda boleh menemui beberapa hasil lukisannya di beberapa Muzium sekitar Kuching. Baru-baru ini, Alena Murang telah melancarkan lebih 50 lukisan menerusi pameran lukisan pertama dirinya iaitu ‘Colours of the Highlands’.

Pameran Lukisan Pertama milik Alena Murang ini akan diadakan di Galeri Hoan, La Promanade Mall di Kuching dan boleh dilawati orang ramai bermula Sabtu ini (18 Mac hingga 30 April). Bayaran masuk pula adalah percuma.

Dilaporkan hasil lukisan Alena Murang yang dipamerkan ini adalah karyanya dalam tempoh 10 tahun dan kebanyakan lukisan itu tercetus ketika dia berada di kampung halamannya di Long Peluan, Bario.

Pameran Solo Pertama, 50 Karya Seni Alena Murang Bakal Dipamerkan Di Galeri Hoan Sabtu Ini
Kredit foto: The Borneo Post

Dapat inspirasi dari Kampung Halamannya

Walaupun berada di kampungnya dalam waktu yang singkat kerana kini menetap di Kuala Lumpur, Alena mendapat inspirasi semasa berada di kampung halamannya itu kerana penduduknya yang baik dan saling sayang menyayangi.

Dalam masa yang sama, Alena juga berharap agar pameran solonya bakal mendapat sambutan mengalakkan dan semua lukisan itu habis dijual. Semua lukisan dijual dengan harga antara RM3,000 sehingga lebih RM25,000.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

Sempena Hari Wanita Sedunia, Ini 8 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Buat Inspirasi Semua
Pereka Kasut Terkenal Jimmy Choo Bakal Jadi Tenaga Pengajar Di CENTEXS Sarawak
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik Buat Warga Sarawak, ART Akan Dihantar Ke Kuching Pertengahan Tahun Ini Berita Baik Buat Warga Sarawak, ART Akan Dihantar Ke Kuching Pertengahan Tahun Ini
Next Article Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun Rogol Budak Bawah Umur Hingga Hamil, Lelaki Kapit Dihukum Penjara 12 Tahun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?