• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Akibat Kekangan Dana, Pengamal Budaya Dayak Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia

Oleh
Farisha
18 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Semoga ada pihak yang akan tampil ke depan membantu mereka menyebarkan dan memperkenalkan budaya Sarawak ke pentas dunia

Akibat Kekangan Dana, Pengamal Budaya Dayak Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia. Pengamal budaya tempatan yang terdiri daripada komuniti Dayak di Sarawak, sedang menghadapi cabaran besar untuk mengumpul dana bagi mempersembahkan budaya asli Sarawak ke sebuah festival dunia iaitu World Music & Dance di Hakodate, Jepun. Festival tersebut akan berlangsung pada Ogos 2024.

Pengamal budaya Sarawak yang bernaung di bawah perusahaan sosial, The Tuyang Initiative tersebut telah dijemput untuk membuat persembahan istimewa menampilkan karya baharu yang bertemakan “Angin & Bumi” di World Music & Dance Festival di Hakodate, Jepun. Festival ini lazimnya dihadiri oleh 30,000 pengunjung setiap tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengasas bersama The Tuyang Initiative, Juvita T. Wan, mereka amat teruja apabila mendapat peluang untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa yang berprestij itu.

Akibat Kekangan Dana, Pengamal Budaya Dayak Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia
Akibat Kekangan Dana, Pengamal Budaya Dayak Mungkin Terlepas Peluang Keemasan Ke Festival Dunia. Sumber: Facebook

RM180,000 dana diperlukan

Meskipun urusan logistik ditaja sepenuhnya, kumpulan pengamal budaya Sarawak ini masih perlu menanggung tiket penerbangan dan insurans untuk ke Jepun. Justeru, cabaran utama yang dihadapi ialah untuk mendapatkan dana sebanyak RM180,000 bagi menampung kos penerbangan dan insurans seramai 15 hingga 18 orang pengamal budaya Sarawak yang akan membuat persembahan di sana.

“Kami telah berusaha mengumpul dana sejak Oktober tahun lepas, tetapi malangnya masih belum berjaya,” kata pengurus kumpulan itu yang juga sedang mengandung, keletihan akibat tekanan untuk mengumpul dana telah mula memberi kesan kepadanya.

Banyak cabaran dihadapi walaupun sudah mempunyai surat sokongan MOTAC

Usaha mereka untuk mendapatkan penajaan daripada pihak korporat juga menghadapi kekangan disebabkan corak pemberian geran mobiliti di Malaysia yang lebih memihak kepada persatuan berbanding perusahaan sosial seperti mereka.

Meskipun memiliki surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang menawarkan pengecualian cukai kepada penaja, namun sehingga kini, masih belum ada pihak yang menunjukkan minat setakat ini.

Dengan tarikh akhir bagi mengesahkan penerbangan iaitu pada 10 April 2024, kumpulan itu terpaksa membuat keputusan sama ada untuk menerima atau melepaskan peluang keemasan itu.

Mereka kini mempertimbangkan untuk mengadakan kempen kutipan dana awam dalam talian (Crowdfund) sebagai jalan terakhir.

“Persembahan di Jepun ini merupakan satu platform besar untuk mengutarakan ekspresi budaya Dayak kami kepada dunia. Kami amat berterima kasih atas sebarang nasihat, bantuan dan sokongan untuk merealisasikan impian ini,” ujarnya lagi.

Jika anda berminat untuk menaja atau memberi bantuan kepada pasukan pengamal budaya Sarawak ini, sila hubungi mereka terus di laman Facebook The Tuyang Initiative.

Sementara itu, ini dua orang anak Sarawak yang terkini membawa budaya Sarawak ke pentas dunia:

Penari Cilik Ngajat, Kenali Dion Das Louis Duta Budaya Sarawak Ke Amerika Syarikat
Kenali Stanford Ryan, Pemain Sape Yang Mewakili Malaysia Di California Jun Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan 4 Makanan Sihat Terbaik Untuk Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan
Next Article Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Bulan Puasa Di Samarahan Ini Senarai Gerai Yang Beroperasi Tengah Malam Sepanjang Ramadan Di Samarahan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?