• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah

Oleh
ILB - AI
14 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah

Ops Parti Liar dilaksanakan di Kuching dan Padawan

41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah. Dilaporkan sejumlah 41 individu termasuk 10 warga asing ditahan dalam enam serbuan Ops Parti Liar yang telah dijalankan sejak 29 Mei hingga kini.

Ops terbabit bertujuan untuk mengesan beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi tempat penganjuran parti liar akibat pusat hiburan ditutup semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan turut menjadi pendorong trend penyalahgunaan dadah.

41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah

Suspek-suspek terdiri daripada 27 lelaki dan 14 wanita

Menurut laporan, 27 lelaki dan 14 wanita yang berusia antara 18 tahun hingga 42 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah.

Akibat pusat hiburan tutup, penganjuran private party diadakan secara tertutup di kediaman-kediaman agar mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Sejumlah 6 serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenauah Narkotik (JSJN) Sarawak dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching di bahagian Kuching dan Padawan sejak 29 Mei hingga hari ini. Hasil daripada serbuan-serbuan berkenaan, 41 individu ditahan, termasuk 10 warga asing.

Salah satu serbuan, digelar ‘Ops Black Cat’ yang diadakan pada 9 Jun 2021, diadakan di sebuah pangsapuri di Kuching dan pihak berkuasa berjaya mengenal pasti sebuah tempat penyimpanan dan memproses campuran serbuk just ekstasi dan ketamin.

Gambar sekadar hiasan.

Beberapa jenis dadah turut dirampas

Jumlah rampasan sepanjang tempoh tersebut adalah dua biji pil ekstasi, 9.6 gram ketamin, tiga biji Eramin 5, serta serbuk jus campuran ekstasi 409.65 gram. Keseluruhan dadah rampasan dianggarkan bernilai RM7,000.

Dua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, manakala tiga suspek di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952. Sementara itu, tiga lagi di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan 34 lagi di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Seorang lelaki yang berkait dengan serbuan Ops Black Cat ditahan di bawah Seksyen 39B ADB 1952. Suspek ketika serbuan tersebut dibongkar mempunyai sebanyak 50 biji pil ekstasi, 354.13 ketamin, 320 biji Erimin 5, dan 13.7kg serbuk jus dipercayai campuran ekstasi. Suspek juga dilaporkan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Nilai keseluruhan rampasan hasil dari Ops Black Cat adalah RM250,000 di mana bekalan ini dianggarkan mampu menampung 3,770 penagih.

Hasil rampasan serbuan. Kredit: Utusan Borneo

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Tertekan, Pesakit COVID-19 Larikan Diri Dari Wad Hospital Di Kuching Berjaya Ditahan
Next Article Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?