• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
14 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Polis kini di dalam operasi mencari warga emas tersebut.

Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19. Dilaporkan bahawa, pegawai kesihatan serta pihak polis kini sedang mencari seorang warga emas disahkan positif Covid-19 yang dipercayai hilang sebelum sempat dibawa ke Sandakan, Sabah untuk rawatan lanjut pada hari Ahad bersamaan 13 Jun 2021.

Isi Isi Penting
  • Polis kini di dalam operasi mencari warga emas tersebut.
  • Satu pasukan perubatan telah dikerahkan ke rumahnya
  • Setelah tiba di rumahnya mereka mendapati tempat tersebut terkunci
  • Pencarian warga emas tersebut kini telah dilancarkan
Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19
Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19. Gambar sebagai hiasan

Satu pasukan perubatan telah dikerahkan ke rumahnya

Menurut Supritendan OCPD Kinabatangan Dzulbaharin Ismail, sebelum warga emas yang dikenali sebagai Karim Jikri berusia 69 tahun hilang, satu pasukan perubatan telah dikerahkan ke rumahnya di daerah Tongod, sekitar 270km dari Kota Kinabalu, untuk memberitahunya bahawa dia telah disahkan positif Covid-19.

“Dia diminta untuk bersiap sedia kerana ambulans akan dihantarkan untuk menjemputnya pada tengah hari semalam,” jelas beliau pada hari ini.

Beliau mengatakan pihak perubatan telah memberitahunya bahawa dia akan dibawa ke Hospital Sandakan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19

Setelah tiba di rumahnya mereka mendapati tempat tersebut terkunci

Namun, ketika pegawai perubatan tiba di rumahnya di Kg Kuala Tongod pada tengah hari semalam, mereka mendapati tempat tersebut terkunci, jelas Supt Dzulbaharin.

“Mereka mengetuk pintunya tetapi tiada sebarang maklum balas yang diterima, jadi mereka menganggap dia pergi ke klinik daerah sendiri,” kata beliau.

Setelah sampai di klinik Tongod, mereka tidak dapat melihat Karim, dan gagal menghubunginya melalui telefon.

Tidak Sempat Diambil Ambulans, Seorang Warga Emas Hilang Setelah Disahkan Positif COVID-19

Pencarian warga emas tersebut kini telah dilancarkan

Laporan polis kemudian dibuat dan pencarian warga emas tersebut kini telah dilancarkan, tambah Supt Dzulbaharin lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana enggan mematuhi arahan untuk dirawat atau dipindahkan atau dikuarantin kerana penyakit berjangkit.

Supt Dzulbaharin juga menggesa agar mereka yang mempunyai maklumat mengenai lokasi Karim untuk menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi balai polis Kinabatangan di talian 089-561890.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah 41 Individu Ditangkap Di Kuching Kerana Mengadakan Parti Liar Di Rumah
Next Article Lebih Sesak Dari Pasar Malam, Gangguan Bekalan Elektrik Jejaskan Urusan Vaksinasi Di Stadium Perpaduan Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?