Kalau ke Sabah, kenalah buat aktiviti yang menarik
Ini 5 Aktiviti Luar Yang Best Wajib Cuba Di Sabah. Sabah amat dikenali sebagai tempat yang didiami oleh banyak jenis hidupan liar yang unik. Berlokasi di Borneo Utara, negeri ini mempunyai landskap semulajadi yang memukau, dari puncak gunung Kota Kinabalu hingga pantai berpasir putih.
Jika anda merancang untuk mengunjungi Sabah, berikut adalah lima aktiviti luar yang mesti anda cuba:
1. Coral Flyer
Tidak seperti aktiviti lazim di pulau seperti snorkeling, Sabah menawarkan pengalaman ekstrem melalui Coral Flyer zipline yang pernah menjadi yang terpanjang di dunia, menghubungkan pulau ke pulau.
Walaupun rekodnya telah dipatahkan oleh Filipina, pengalaman meluncur di antara pulau tetap menjadi tarikan utama di Kota Kinabalu.
Coral Flyer
Lokasi: Pulau sapi, Kota Kinabalu, Sabah
Facebook: Coral Flyer
Notis semasa: Aktiviti ini ditutup buat sementara waktu sehingga notis baharu diberikan
2. Island Hopping
Kalau anda tidak cukup berani untuk mencuba aktiviti flying fox yang menyeberangi pulau, anda boleh bergembara atas tanah juga dan island hopping adalah pilihan tepat.
Island hopping ialah sejenis aktiviti di mana anda akan berhenti dari pulau ke pulau dengan bot laju. Dalam pakej aktiviti ini, anda akan dibawa berkeliling Taman Marin Tunku Abdul Rahman, melawat Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Di sini, anda boleh mencuba aktiviti seperti parasailing, jet-skiing, snorkeling dan banyak lagi.
Island Hopping
Lokasi: Kota Kinabalu / TARP Islands, Sabah
Tempah sini: Amazing Borneo Tours
3. Melihat Monyet Belanda
Monyet Belanda, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya sebagai Proboscis Monkey, adalah salah satu spesies monyet yang paling unik, rare dan hanya boleh dijumpai di pulau Borneo.
Semasa river cruise, pelancong akan diberi peluang untuk memerhatikan monyet-monyet ini sedang bermain, makan, atau hanya bersantai di pokok-pokok di sepanjang tebing sungai. Menarik kan?
River Cruise Monyet Belanda
Lokasi: Garama Wetland, Beaufort, Sabah
Tempah sini: Amazing Borneo Tours
4. Pengalaman Kelip-Kelip
Tidak pasti apa nak buat pada waktu malam? Jangan risau, anda boleh pergi berlayar di sungai yang sama di mana anda melihat monyet Belanda pada waktu pagi.
Sebenarnya, tidak susah sangat nak memerhatikan kelip-kelip ini dalam suasana gelap. Jika anda perasan ada cahaya kuning yang berkelip-kelip, itulah apa yang anda sedang cari.
Apa yang paling menarik ialah kelip-kelip ini akan bercahaya mencipta suasana magis pada masa yang sama ia menjadikan pokok tersebut kelihatan seperti cahaya pokok krismas yang cantik sekali.
River Cruise Kelip-Kelip
Lokasi: Garama Wetland, Beaufort, Sabah
Tempah sini: Amazing Borneo Tours
5. Sea Walking
Aktiviti sea walking ini telah menjadi semakin popular antara pelancong. Dengan memakai helmet khas, anda dapat berjalan dalam laut dan melihat hidupan laut dengan begitu dekat depan mata sahaja.
Tidakkah ini membuat anda rasa teruja nak cuba? Apatah lagi, aktiviti ini sesuai untuk sesiapa yang berumur 10 tahun ke atas. Maksudnya, boleh dikatakan semua orang dapat menyertai tidak seperti scuba diving yang memerlukan lesen scuba diving.
Anda hanya perlu memakai helmet untuk tujuan pernafasan dan boleh terus masuk ke dalam air.
Sea Walking
Lokasi: 38, Jalan Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, Sabah
Tempah sini: JSK Borneo Reef
Sabah memang destinasi yang menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua golongan. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi dan mencuba aktiviti-aktiviti menarik ini. Selamat bercuti di Sabah!