• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi

Oleh
Farisha
24 Oktober 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Ini antara 5 pulau untuk anda menikmati keindahan pantai di Sabah

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi. Sabah kaya dengan lokasi pelancongan yang sangat menarik. Dari kawasan pergunungan sehingga ke lautan, Sabah terkenal mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Pelancong-pelancong yang datang ke Sabah wajib mengunjungi  tempat-tempat menarik di Sabah. Antara tarikan utama di Sabah ialah keindahan pulau. Di sini disenaraikan antara pulau-pulau tercantik di Sabah.

1. Pulau Mabul

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi. Sumber: mabul.com

Pulau Mabul memang dikenali sebagai salah satu pulau yang cantik di Sabah oleh itu tidak hairanlah jika ia tersenarai dalam ini. Mempunyai pasir yang putih mengelilingi persisiran pantai serta lautnya yang jernih dan bebas dari kotoran membuatkan anda terpegun dengan kecantikannya.

Maklumat penting

  • Lokasi: Pulau Mabul, Semporna, 91300, Semporna, Sabah, Malaysia.
  • Ciri Unik: Terkenal dengan ‘muck diving’ dengan dasar berpasir dan kehidupan makro yang menarik.
  • Penginapan: Pelbagai resort di Pulau Mabul seperti Sipadan Micro Dive, Billabong Scuba, Mabul Beach Resort, Spheredivers Scuba & Leisure, Mabul Paradise Lodge dan banyak lagi.
  • Akses: Mudah diakses dari Semporna.

2. Pulau Manukan

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi. Sumber: tripadvisor

Di luar persisiran pantai pulau ini ialah kawasan terumbu karang yang sangat cantik serta aktiviti lain yang boleh dilakukan pengunjung seperti ‘parasailing’, selam skuba, snorkelling dan lain-lain. Pulau ini juga merupakan yang kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman Malaysia serta turut diktiraf sebagai taman laut negara.

Maklumat penting

  • Lokasi: Sebahagian daripada Taman Negara Tunku Abdul Rahman, berhampiran dengan Kota Kinabalu.
  • Fasilitas: Penyewaan ban pelampung dan peralatan snorkeling, kedai makanan dan minuman
  • Aktiviti: Sukan air, trekking, dan snorkeling.

3. Pulau Mataking

5 Pulau Tercantik Di Sabah Yang Anda Mesti Kunjungi. Sumber: caridestinasi

Pulau Mataking dikenali sebagai ‘syurga penyelam’  seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan namun ia merupakan kawasan persendirian. Di samping itu, ia juga mempunyai sedikit persamaan dengan pantai di Maldives, oleh itu jika anda berkunjung ke Sabah pastikan pantai ini tersenarai dalam destinasi lawatan anda ya.

Maklumat penting

  • Lokasi: Di timur laut Semporna, lepas pantai Semporna
  • Ciri Unik: Pulau peribadi dengan resort mewah, terkenal dengan ‘pejabat pos bawah air’.
  • Aktiviti: Menyelam, snorkeling, dan melawat pulau.

4. Pulau Sipadan

Sumber: tripadvisor

Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digambarkan kerana ianya adalah suatu pemandangan yang jarang dapat kita lihat berbanding dengan tempat dan keindahan alam semesta yang lain. Bagi peminat skuba diving, pilihan yang paling tepat adalah anda perlu memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi pelancongan anda.

Maklumat penting

  • Lokasi: Lepas pantai Semporna di Laut Celebes.
  • Ciri Unik: Satu-satunya pulau lautan Malaysia, terbentuk daripada pertumbuhan karang di atas kon gunung berapi. Terkenal dengan tebing bawah air menegak yang menjunam kira-kira 600 meter.
  • Hidupan Liar: Rumah kepada pelbagai spesies jerung, penyu, barracuda, dan taman karang yang meriah.
  • Akses: Memerlukan permit, dan jumlah pelawat adalah terhad untuk memelihara ekosistem.
  • Hanya 120 orang penyelam sahaja dibenarkan dalam sehari.

5. Pulau Lankayan

Sumber: caridestinasi

Pulau Lankayan terletak di Laut Sulu, utara Sandakan, Sabah, dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Perlindungan Marin Sugud Islands (SIMCA). Pulau ini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, air yang jernih dan kehidupan marin yang kaya.

Note

  • Lokasi: Di Laut Sulu, di utara Sandakan.
  • Ciri Unik: Sebahagian daripada kawasan pemuliharaan marin, terkenal dengan tapak menyelam dan air jernihnya.
  • Hidupan Liar: Jerung paus (bermusim), pelbagai spesies ikan, dan kehidupan makro.

Setiap pulau ini menawarkan tarikan dan aktiviti yang unik, menjadikannya patut dipertimbangkan untuk itinerari perjalanan anda di Sabah. Sama ada anda berminat dalam menyelam, melihat hidupan liar, atau hanya bersantai di pantai.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pulau Ketiga Terbesar Di Dunia, Ketahui Sejarah Pulau Borneo
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article YB Karim Hamzah Cadang Anjur Solidariti Palestin Dekat Stadium Kuching
Next Article Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak Dan Festival Waterfront Kuching 2023 Ini Jadual Penuh Regatta Sarawak Dan Festival Waterfront Kuching 2023

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?