• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Filem seumpamanya yang dirakam sepenuhnya di dalam Gua Niah, Tapak Warisan Dunia UNESCO

Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak. Sempena Hari Bapa yang bakal menjelang tiba, sebuah filem pendek terbitan anak Sarawak bakal menemui penonton di kaca TV tempatan. Namun, ini bukan sebarang filem.

Filem yang bertajuk “Space Between” akan membawa sebuah kisah kekeluargaan yang dirakam sepenuhnya di lokasi yang belum pernah diterokai oleh mana-mana kru filem sebelum ini iaitu di Gua Niah, Miri.

Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak
Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak

Filem pendek arahan Danish Busmah ini akan membuat tayangan perdananya di seluruh negara melalui saluran TVS (Saluran 122 MYTV, Unifi TV & Astro) pada 15 Jun 2025, jam 5:30 petang.

Penceritaan Visual di Jantung Warisan Dunia Sarawak

Satu perkara yang menjadikan “Space Between” begitu istimewa adalah lokasinya. Ia merupakan filem pertama yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Taman Negara Niah, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Melalui filem ini, pasukan produksi lokal Sarawak ini bukan sahaja berjaya merakam keindahan hutan hujan Sarawak, tetapi juga menggunakan latar belakang tersebut untuk meneroka landskap emosi watak-wataknya.

Diterbitkan oleh 21 Ways Film, sebuah syarikat produksi tempatan yang berfokus untuk mengangkat suara-suara Sarawak, filem ini mengisahkan perjalanan seorang bapa dan anak perempuannya. Dilakonkan oleh Julai Billie dan Darweesha Dasuki, kedua-dua watak ini menelusuri kesunyian, memori, dan “ruang” yang wujud di antara mereka dalam sebuah pengembaraan yang sunyi tetapi penuh makna di dalam hutan.

Filem Lokal Sarawak Ini Guna Lokasi Warisan Dunia UNESCO Papar Kisah Ayah Dan Anak
Darweesha Dasuki (kiri) dan Julai Billie (kanan) selaku pelakon utama. Foto: 21 Ways Film

Filem “Space Between” juga direka khas untuk mempromosikan Gua Niah, terutama sekali selepas ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2024. Filem ini juga selaras dengan inisiatif pelancongan Sarawak dan bertujuan untuk memperkayakan keajaiban Gua Niah melalui naratif fiksyen.

Foto: 21 Ways Film
Foto: 21 Ways Film

Misi Besar Danish: Memperkasa Bakat Pembikin Filem di Sarawak

Bagi pengarah Danish Busmah, yang lahir dan menetap di Sarawak, “Space Between” adalah salah satu projeknya yang paling peribadi. Dihasilkan bersama pasukan kecilnya yang penuh semangat dan minat berserta kru tempatan, filem ini adalah bukti usaha komuniti pembikin filem yang bersatu untuk menghidupkan sebuah cerita yang berakar-umbikan latar Sarawak.

Danish Busmah, penerbit dan pengarah filem pendek ‘Space Between’.

Kehadiran filem ini juga selari dengan misi 21 Ways Film untuk memperkasakan industri kreatif tempatan dan memupuk bakat-bakat dari Sarawak. Pasukan yang diterajui oleh 21Ways ini juga kini merancang untuk menghantar “Space Between” ke beberapa festival filem dengan harapan agar ceritanya dapat mengembara ke luar negara sambil kekal berakar umbi di hati Sarawak.

Foto: 21 Ways Film

‘Space Between’ disokong oleh Dana Fasilitasi Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak

Projek ini turut mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) melalui Dana Fasilitasi Warisan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, dengan kerjasama TVS.

Majlis tayangan perdana filem ini telah diadakan pada 9 Jun 2025 di TGV Vivacity, Kuching dan dihadiri oleh tetamu kehormat, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Turut hadir adalah Yang Berbahagia Datu Haji Hamdan bin Haji Sharbini, Pengarah Unit Protokol dan Pengurusan Acara Negeri Sarawak.

Ini pula kisah guru pedalaman Sarawak yang sanggup menjual koleksi figuranya demi menghantar penyertaan filem pelajarnya ke festival luar negara:

Demi Sertai Festival Filem Luar Negara, Guru Pedalaman Sarawak Sanggup Jual Figura Untuk Kumpul Dana
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Next Article Guru Di Miri Ubah Laman Sekolah Jadi ‘Tikar’ Etnik Sarawak, Hasilnya Buat Satu Malaysia Terpegun

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?