• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Ini 5 Fakta Penting Tentang Malaysia Digital Arrival Card MDAC

Oleh
Ismail NA
4 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Peraturan baru ini berkuatkuasa sepenuhnya di Malaysia bermula 1 Januari 2024

Ini 5 Fakta Penting Tentang Malaysia Digital Arrival Card MDAC. Tahukah anda bahawa bermula 1 Januari 2024, kesemua pelancong asing yang ingin melancong atau melawat Malaysia mesti mengisi sebuah borang yang dinamakan sebagai Malaysia Arrival Digital Card (MDAC).

Polisi baharu ini telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada penghujung tahun 2023 sebagai langkah menuju Pelan Liberalisasi Visa Malaysia yang bakal memudahkan lebih banyak urusan pelancong asing ke Malaysia, dan meningkatkan aktiviti pelancongan di negara ini.

Ini 5 Fakta Penting Tentang Malaysia Digital Arrival Card MDAC

Di sini, kami ingin menjelaskan kepada anda 5 perkara penting anda perlu tahu sebagai pelancong asing berkaitan MDAC.

1. MDAC adalah peraturan baru imigresen Malaysia yang berupa borang pra-ketibaan di Malaysia

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) adalah sebuah peraturan baharu yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia yang berupa borang pra-ketibaan di Malaysia.

Pelaksanaan MDAC ini adalah bagi memendekkan waktu urusan dan menunggu di check point imigresen, sekaligus menjadikan pengembaraan ke Malaysia lebih lancar dan mudah buat pelancong.

Sebelum ini tak ada pun, kenapa pula jadi lebih mudah? Haa, baca dulu sampai habis.

2. MDAC membolehkan pelancong dari 10 negara ini menggunakan servis autogate

Dengan mengisi MDAC, pelancong asing dari 10 buah negara ini tidak lagi perlu mengemukakan passport melalui kaunter imigresen. Mereka hanya perlu ke kaunter imigresen untuk pelepasan imigresen apabila tiba di Malaysia buat kali pertama.

Walau bagaimanapun, untuk urusan keluar dari Malaysia dan kunjungan kali kedua dan seterusnya, mereka hanya perlu mengimbas passport mereka di terminal autogate sahaja (dengan syarat mesti mengisi MDAC setiap kali melawat Malaysia). Penting juga untuk anda ambil tahu bahawa anda hanya boleh menggunakan fasiliti ini sekiranya anda mendarat atau berlepas di KLIA Terminal 1 atau KLIA Terminal 2.

10 warganegara yang mendapat keistimewaan servis autogate setelah mengisi MDAC ini adalah seperti berikut:

  1. Australia
  2. Brunei
  3. Jerman
  4. Jepun
  5. Korea Selatan
  6. New Zealand
  7. Arab Saudi
  8. Singapura
  9. Amerika Syarikat
  10. United Kingdom

3. Semua pelawat asing ke Malaysia mesti mengisi MDAC kecuali jika anda dalam 7 kategori ini

Negara anda tiada dalam senarai penggunaan servis autogate? Jangan risau. Anda mungkin termasuk dalam kategori TIDAK PERLU MENGISI MDAC!

MDAC tidak perlu diisi sekiranya anda merupakan individu yang tergolong dalam 7 kategori berikut:

  1. Warganegara Singapura
  2. Pemegang passport rasmi dan diplomatik
  3. Penduduk tetap Malaysia dan pemegang pas jangka masa panjang
  4. Pemegang General Certificate of Identity (GCI) Brunei Darussalam
  5. Pemegang Pas Fasiliti Frequent Traveller Brunei Malaysia
  6. Pemegang Pas Rentas Sempadan Thailand
  7. Pemegang Dokumen Perjalanan Lintas Batas Indonesia (PLB)

Walau anda tidak perlu mengisi MDAC, anda masih perlu ke kaunter pelepasan imigresen untuk mengemukakan passport anda kepada pihak berkuasa.

Daripada senarai ini, hanya pemegang pas jangka masa panjang dan pemegang Malaysia Automated Clearance System (MACS) sahaja yang dikecualikan daripada mengisi MDAC dan boleh menggunakan fasiliti autogate.

4. Pengisian MDAC adalah secara online dan percuma

Tidak seperti sistem ETIAS di Eropah yang mengenakan bayaran untuk kunjungan ke negara benua itu, sistem MDAC ini adalah percuma sepenuhnya dan sangat mudah untuk diisi kerana ia hanya perlu dilakukan secara dalam talian.

5. MDAC mesti diisi dalam masa 3 hari sebelum ketibaan di Malaysia

Jika anda ingin melancong atau melawat ke Malaysia, anda mestilah melengkapkan MDAC ini dalam masa 3 hari sebelum ketibaan anda ke Malaysia. Berikut adalah langkah mudah untuk anda mengisi MDAC

  • Buka laman web MDAC di https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main.
  • Klik pada “Register” untuk mula. Isi borang pendaftaran dengan maklumat penting yang diminta dan masukkan e-mel aktif.
  • Klik “Submit.”
  • Semak peti masuk e-mel yang didaftarkan.
  • Salin PIN. Lawati semula laman web MDAC.
  • Klik pada bar/tab “Check Registration”.
  • Masukkan nombor pasport, pilih negara, dan tampal PIN yang disalin daripada e-mel.
  • Klik logo PDF untuk memuat turun fail MDAC untuk dikemukakan kepada pegawai imigresen di kaunter pelepasan imigresen Malaysia.

Semoga artikel ini memudahkan lagi urusan anda untuk melancong ke Malaysia. Kalau nak beli tiket kapal terbang ke Malaysia, cuba pergi SINI.

Lagi panduan lain yang berguna ketika anda berkunjung ke Malaysia:

20 Tempat Menarik Di Kuching Yang Mesti Anda Kunjungi
20 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Yang Mesti Anda Kunjungi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula
Next Article Kenali Buah Engkabang, The Flying Helicopter Di Sarawak Kenali Buah Engkabang, The Flying Helicopter Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?