Bandaraya Kuching, bandaraya yang tenang dan rilek.
Nak short escaping ke mana? Apakata anda cuba untuk melawat ke Sarawak! Sebenarnya, banyak tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Bumi Kenyalang ini, terutamanya di Kuching. Kalau ikutkan memang tak cukup 3 hari 2 malam, tapi kita cuba terokai sebanyak yang boleh.
Dalam artikel kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk meneroka Bandar Kuching dan hidden gem nya dengan efisien selama 3 hari 2 malam. Let’s go!

Pertama sekali, tentulah waktu untuk anda short escaping. Waktu terbaik yang kami cadangkan untuk anda ke sini adalah pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu atau Jumaat, Sabtu, dan Ahad.
Hari Pertama
- Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching
Tips:
Kebiasaannya, tiket penerbangan ke Kuching berharga lebih kurang RM80-RM150 untuk satu hala. Kalau anda bernasib baik, mungkin boleh dapat serendah RM60 sahaja. Waktu terbaik untuk anda menempah tiket adalah 3 minggu sebelum penerbangan. Jadi, dengan itinerari ini, anda tidak perlu pening kepala untuk menyenaraikan apa yang perlu anda lakukan sewaktu trip kelak.

Biasanya, tiket murah boleh didapati untuk penerbangan awal pagi atau penerbangan lewat malam. Kalau nak memaksimumkan pengalaman trip, tempahlah penerbangan awal pagi agar anda mempunyai lebih banyak masa untuk meneroka. Gunakan mod ‘incognito’ pada Google Chrome, dan layari laman tempahan tiket pada waktu tengah malam.
Pilihan airlines yang murah dan berbaloi adalah AirAsia, MYAirline dan Malindo Air. Daftar menjadi member jika belum. Anda akan lihat perbezaan harga yang sangat ketara.
Setibanya anda di Kuching, terdapat dua pilihan trip yang boleh anda pilih:
Pilihan 1 (Pusat Bandaraya Kuching)
- Menginap di Hotel The Marian Boutique Lodging House, Kuching (Anggaran RM 220 untuk 3 hari 2 malam)
- Kelebihan: Berada di tengah Bandaraya Kuching, walking distance ke Waterfront Kuching dan pusat beli-belah Plaza Merdeka, pemandangan Bandaraya Kuching yang menakjubkan, dekorasi dalaman hotel yang minimalis dan menenangkan.
- Info menarik: Dibina oleh pedagang dari China, mendiang Ong Ewe Hai yang ingin menetap di Kuching menggunakan kayu belian dan bata merah. Rumah ini sengaja dibina berhadapan dengan sungai dan kedainya dan siap dibina pada tahun 1885. Rumah ini kemudiannya dijual kepada Misi Anglikan untuk beberapa ribu dolar dan bertukar menjadi rumah tumpangan pada tahun 1933.




- Minum petang di Commons Cafe@Old Courthouse
Anda boleh menikmati pelbagai jenis seleksi kek, hidangan ringan, minuman kopi dan teh dalam variasi sejuk atau panas. Mereka juga menyediakan kit mewarna untuk anda detoks daripada penggunaan telefon pintar. Tak pun, anda boleh selfie OOTD kat sini sebab suasananya memang hip sangat!
Info menarik: Bangunan Old Courthouse ini telah dibina pada lewat abad ke-19 untuk berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar oleh pemerintahan Rajah Brooke di Kuching. Di seberang jalan dari Menara Square, terdapat Memorial Brooke, yang didirikan pada tahun 1924 bagi menghormati Charles Brooke.



- Jalan-jalan di Indian Street dan Carpenter Street
Di sini, anda boleh menemukan pelbagai jualan makanan, kedai antik dan deretan mural yang pastinya menarik untuk anda kunjungi. Kalau haus, jangan lupa singgah ke Kedai Kopi Black Bean Coffee, kedai kopi tempatan Sarawak yang rasanya setanding (sebenarnya lebih enak daripada Starbuck)! Menu yang wajib anda cuba adalah Iced Gula Apong Latte. Yang penting, jauh murah daripada Starbuck. Hehe.




- Makan malam di Lepau Restaurant
Restoran ini menyediakan menu makanan tradisional Sarawak, terutamanya makanan masyarakat Orang Ulu. Hidangan yang wajib anda cuba adalah lauk tumis bunga kantan, ayam pansuh, udang tumis tempoyak, kerabu midin/pucuk paku dan teh kulit kayu.


Atau;
Pilihan 2 (Bau)
- Menginap di Heritage House@Windcave (Anggaran RM 100/malam)



- Melawat ke Siniawan Night Market

- Bersantai di The Bikalan Bar, Bau


Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kami cadangkan anda untuk menyewa kereta kompak seperti Axia atau Viva. Bukan sahaja ia jimat minyak, malah anda juga memudahkan anda untuk pergi ke tempat yang lebih jauh daripada sekadar melawat keliling Pusat Bandaraya Kuching.
Hari Kedua
1. Bertolak ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Padawan
Pusat hidupan liar ini terletak di jalan Puncak Borneo, Padawan dan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari pusat Bandaraya Kuching. Anda boleh menaiki bas hidrogen dari Pusat Bandar Kuching atau menggunakan pengangkutan e-hailing atau memandu sendiri jika anda sudah menempah kereta sewa sewaktu tiba di Kuching.
Info menarik: Di sini, anda boleh bertemu dengan majoriti besar keluarga orang utan. Ada yang masih kecil, ada yang sedang dalam usia remaja dan dewasa. Bahkan, jika anda bernasib baik, anda boleh bertemu dan melihat orang utan yang tertua di sini iaitu Seduku, yang berusia lebih setengah abad!

2. Melawat ke Gua Pari-Pari
Terletak di Bau, gua ini secara peribadinya disifatkan sebagai gua paling cantik di Kuching dan wajib anda kunjungi. Di sini, anda akan dipamerkan dengan kehijauan bahagian dalam gua yang pastinya memukau pandangan anda. Gua ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Walau bagaimanapun, gua ini akan dibuka untuk kunjungan awam sekiranya hari Isnin tersebut merupakan cuti umum.



Info menarik: Terdapat TIGA trail yang boleh anda nikmati di dalam Gua Pari-Pari ini iaitu Dark Trail, Twilight Trail dan Summit Trail (Trail Summit Gunung Kapur). Daripada tiga trail ini, hanya dua trail (Dark Trail dan Twilight Trail) yang anda boleh kunjungi tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong. Bagi Trail Summit Gunung Kapur pula, anda diwajibkan untuk menempah pemandu pelancong yang telah diperakui oleh pihak Rizab bagi menemani pengembaraan anda sehingga ke puncak gunung.
3. Makan tengah hari di Indah House Kuching sambil melihat galeri
Kembali ke Kuching, anda boleh menikmati makan tengah hari di Indah House Kuching. Ia adalah sebuah cafe santai yang terletak di Carpenter Street, Kuching yang menghidangkan menu makanan tempatan dan menu vegan. Sambil santai-santai makan di dalam cafe ini, anda juga boleh melihat beberapa seni lukisan bertemakan budaya di Sarawak!
Info menarik: Antara menu istimewa yang anda boleh cuba di cafe ini adalah, Plant-Based Nasi Lemak, Ubi-licious Keto Meal, Coffee Coconut Shake, Cold Soba, 100% Plant-Based Nutty Pesto Pasta, Ayam Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.
Contohnya macam menu hidangan di bawah ini, namanya Manok Terung Asam dengan Daun Ubi dan Pusuk Goreng Bawang.
4. Daftar masuk ke hotel di Bandaraya Kuching (bagi yang menginap di Bau pada hari pertama)
Anda boleh menginap di hotel yang telah kami cadangkan di atas atau memilih daripada senarai alternatif hotel bajet yang highly recommended seperti di bawah. Kesemua cadangan alternatif ini terletak di kawasan Tebingan Kuching:






5. Melawat Borneo Cultural Museum
Baru dibuka pada suku pertama tahun 2022, Borneo Cultural Museum adalah muzium yang wajib anda lawati semasa berada di Kuching. Muzium ini memiliki 5 aras, dengan setiap aras mempamerkan artifak dan budaya unik masyarakat di Borneo dan Sarawak, khususnya. Ciri interaktif di setiap aras pastinya membuatkan anda terpukau! Anda perlukan minimum 2 hingga 3 jam untuk meronda seluruh aras dalam muzium ini.
Info menarik: Muzium ini merupakan muzium terbesar di Malaysia dan Kepulauan Borneo serta muzium kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Singapore National Museum. Pembinannya menelan belanja belanja sebanyak RM 308 juta dan menyasarkan untuk menjadi pusat utama koleksi warisan Borneo menjelang tahun 2030.




6. Makan malam di Topspot Bukit Mata
Agenda yang terakhir tentulah menikmati hidangan makan malam di pusat makanan seafood yang terkenal di Kuching iaitu Topspot Bukit Mata. Di sini, terdapat banyak kedai yang boleh anda pilih untuk menikmati hidangan unik Sarawak seperti umai, sayur midin dan sebagainya.

**Aktiviti pilihan selepas makan malam
- Melihat pertunjukan Water Fountain dan menaiki Jambatan Darul Hana di Tebingan Kuching


- Menikmati aiskrim gula apong di RG Aiskrim Bergula Apong@Open Air Market (Buka setiap hari jam 2 petang hingga 5 pagi, kecuali Ahad – 2 petang hingga 2 pagi)

Hari Ketiga
1. Sarapan Laksa Sarawak special di 126 Laksa
Kalau nak rasa Laksa Sarawak yang next level, anda kena pergi ke sini. Topping nya bukan sekadar udang dan sambal cili sahaja, tetapi anda boleh dapatkan topping yang pelbagai seperti telur burung puyuh, telur padi, kerang, sotong dan macam-macam lagi.
📍126 Laksa
Alamat: Jalan Chan Chin Ann, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia
Google Maps: https://goo.gl/maps/yvvUhGiEqUNX8Kbe9
Info menarik: Ini merupakan kedai pertama di Kuching yang menyajikan Laksa Sarawak ala-ala Pattaya (Laksa Sarawak yang dilapisi dengan telur dadar nipis). Kedai ini juga mendapat penarafan 5 bintang dalam aplikasi GrabFood.


2. Menaiki perahu tambang
Mod pengangkutan air ini masih beroperasi seperti biasa di Tebingan Kuching, menghubungkan bahagian pusat bandar kepada kampung di seberang seperti Kampung Boyan. ‘Oppa’ Korea, Yoo Seung Ho pun dah pernah naik tau! Ini tandanya anda kena cuba juga. Hehe.

3. Selfie di Tugu Kucing

4. Melawat pasar, beli cenderamata dan Kek Lapis Sarawak di Kek Lapis Mama Su
Di hari terakhir ini, jangan lupa juga untuk beli sedikit cenderamata untuk dibawa pulang. Di Tebingan Kuching, terdapat deretan kedai cenderamata yang panjang dan memiliki pelbagai pilihan cenderamata seperti keychain, batik Sarawak dan sebagainya. Kalau nak beli kek lapis Sarawak pula, kami cadangkan untuk singgah ke Kek Lapis Mama Su.



6. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Apa tunggu lagi? Rancanglah trip anda ke Kuching dan rasai sendiri pengalam short escaping yang syok dan bermakna bersama rakan anda.
Jangan lupa like dan share post ini serta tag rakan-rakan anda yang tengah stress nak cari tempat short escaping yang best tu.