• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula

Oleh
Farisha
4 Januari 2024
Kongsi
5 Min Bacaan

Kodok ini dipercayai pupus setelah tidak dilihat sejak tahun 1924

Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula. Pernah disenaraikan dalam ‘Top 10 Most Wanted Lost Frogs’ oleh Conservation International, spesies kodok ini dipercayai pupus setelah tidak dilihat sejak tahun 1924.

Setelah 87 tahun, spesies kodok ini muncul semula pada tahun 2011 apabila 3 spesimen ditemui oleh para saintis dari UNIMAS di Gunung Penrissen. Penemuan ini sangat luar biasa sehingga syarikat jam tangan terkenal, G-Shock, membuat jam tangan edisi terhad untuk meraikan penemuan tersebut!

Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula
Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula

Hanya lukisan sahaja sebagai rujukan

Tidak dilihat sejak tahun 1924, satu-satunya rujukan kodok ini adalah hanya dari lukisan spesimen yang dikumpulkan oleh penjelajah pada tahun 1920-an. Ansonia latidisca iaitu nama saintifiknya, disenaraikan oleh Conservation International sebagai salah satu daripada ’10 Katak Paling Dicari Di Dunia’ pada tahun 2010.

Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula
Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula. Kredit: Mongabay

Kodok ini bersifat endemik di Borneo iaitu Indonesia dan Malaysia dan habitat semula jadi spesies ini adalah hutan serta sungai dataran rendah lembap tropika.

Spesies ini dipercayai pupus sehingga 2011 setelah tidak dilihat sejak 1924, apabila 3 spesimen ditemui oleh Dr Indraneil Das, seorang profesor pemuliharaan di UNIMAS.

Ekspedisi diketuai oleh Dr Indraneil Das dari UNIMAS

Pada bulan Julai 2011, Dr Indraneil Das dan kumpulannya dari UNIMAS melakukan ekspedisi malam di kawasan Gunung Penrissen.

Menurut beliau dalam sebuah temu bual, mereka pertama kali memutuskan untuk mencari kodok tersebut pada bulan Ogos 2010 tetapi pencarian selama berbulan-bulan terbukti sia-sia sehingga mereka naik lebih tinggi ke Gunung Penrissen. Pergunungan ini jarang dijelajahi pada abad yang lalu.

Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula
Borneo Rainbow Toad, Kodok Dipercayai Pupus 87 Tahun Ditemui Semula. Sumber: unimas

Pasukan itu melakukan pencarian berdasarkan apa yang diketahui dari spesies yang serupa, dan ekspedisi itu dilakukan di sepanjang sungai untuk mencari kodok yang mereka anggap dijumpai memanjat pokok.

Pencarian mereka membuahkan hasil apabila 3 spesimen dijumpai di 3 pokok berasingan, dengan ukuran 5.1cm dan terdiri daripada seekor kodok jantan dewasa, seekor kodok betina dewasa dan seekor kodok muda.

Kredit: Chien C. Lee

Walaupun penemuan ini adalah sebuah berita baik, Dr Indraneil Das dan pasukannya enggan mendedahkan lokasi sebenar kerana ketakutan pemburuan haram akibat permintaan kuat untuk amfibia yang berwarna terang.

Penemuan yang menghasilkan jam tangan edisi terhad

Untuk meraikan penemuan itu, syarikat jam tangan terkenal G-Shock mencipta jam tangan edisi terhad yang dipanggil G-Shock Frogman Borneo Rainbow Toad Limited Edition.

Kredit: G-Central

Menurut laman rasmi G-Shock, jam tangan ini digambarkan,

“Jam tangan analog MASTER OF G Series FROGMAN GWFA1000 Series ini dengan ketahanan air tahap penyelam ISO 200m menampilkan pewarnaan Borneo Rainbow Toad, kodok rare yang mendiami Borneo yang ditemui semula pada tahun 2011, untuk pertama kalinya dalam sekitar 87 tahun.

Bezel keluli tahan karat diukir untuk membuat tekanan dan selesai dengan pelapisan ion pelangi (IP) untuk mewujudkan rupa dan nuansa Borneo Rainbow Toad. IP pelangi mencipta warna yang berbeza dan unik untuk setiap model, yang mewakili rarity kodok ini.

Dalam kombinasi dengan uretana semitransparan pada bahagian yang mencengkeram bezel, ini menangkap gambar habitat murni kodok ini. Gambar kodok yang memegang tangan analog terukir di penutup belakang model ini.”

Jam tangan edisi terhad ini berharga RM4.5K untuk satu jam tangan!

Kodok tersebut diukir di belakang jam tangan. Kredit: G-Shock

Mengenai penemuan kodok ini, Robin Moore, pakar amfibia di Conservation International, mengatakan

“Ia adalah baik untuk mengetahui bahawa alam semula jadi dapat mengejutkan kita ketika kita hampir putus asa, terutama di tengah krisis kepupusan planet kita yang semakin meningkat.”

Kodok ini kini dalam status ‘Terancam’ akibat kehilangan habitat. Semoga kodok ini akan terpelihara dalam jangka masa yang lama.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Burung Dikhuatiri Pupus 172 Tahun Lalu Ditemui Semula Di Borneo
Spesies Sawit ‘Rare’ Baru Ditemui Berbunga Di Bawah Tanah Di Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Sarawak Ke Peru, Gadis Ini Bakal Cipta Nama Di Kejohanan Bowling Antarabangsa Dari Sarawak Ke Peru, Gadis Ini Bakal Cipta Nama Di Kejohanan Boling Antarabangsa
Next Article Ini 5 Fakta Penting Tentang Malaysia Digital Arrival Card MDAC

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?