• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara

Oleh
Aina Musa
21 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara

Rentap bakal temui penonton di pawagam seluruh negara

The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara. Filem animasi pendek bertajuk The Pillar of Strength yang memaparkan kisah Rentap, pahlawan Iban-Dayak dari Borneo, telah mencipta sejarah sebagai animasi Sarawak pertama yang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Penayangan ini dibuat melalui kerjasama antara Golden Screen Cinemas (GSC) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menerusi Festival Filem Animasi Malaysia (MAFF) 2023 pertama, yang memaparkan kompilasi tujuh filem pendek animasi.

The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara
The Pillar Of Strength, Filem Animasi Sarawak Pertama Bawa Wira Iban Ke Pawagam Seluruh Negara. Sumber: Dayak Daily

“Pillar of Strength” adalah ciptaan Aie Ibrahim, seorang animator terkenal yang telah bekerja dengan bebebapa syarikat animasi klasik Malaysia seperti Usop Sontorian, Silat Legenda & Putih, dan beberapa lagi.

Animasi ini meneroka asal usul fiksyen Rentap, pahlawan Iban-Dayak dari Borneo, di mana ia memperkenalkan gambaran kisah Rentap semasa zaman kanak-kanaknya.

“The Pillar Of Strength merupakan kisah indah yang menyentuh topik mengenai keluarga, pemuliharaan alam sekitar, identiti manusia, dan corak serta budaya kehidupan di kepulauan Borneo purba,” kata AieI dalam satu kenyataan media.

The Pillar Of Strength, hasil kolaborasi beberapa anak Sarawak

Edisi terkini filem ini merupakan hasil kerjasama antara AieI Ibrahim dari Creatvtoon Studio dan Andrew Bong dari Ventura Interactive Sdn Bhd, Amirul Annuar sebagai penerbit eksekutif, dengan sokongan daripada Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Sarawak Digital and Innovation, dan MDEC.

Kolaborasi tersebut merupakan batu loncatan yang membuka jalan bagi ekonomi kreatif digital Sarawak dan memulakan perbincangan baru dengan pemegang kepentingan berpotensi untuk pengeluaran, pelancongan, lesen, dan perniagaan barang dagangan.

Selain itu, runut bunyi “Pillar of Strength” dirakam di Budapest, tempat muzik filem pemenang Oscar Parasite karya Bong Joon-Ho dirakam.

Ia juga menampilkan kerjasama dengan beberapa muzisi antarabangsa, seperti Burak Besir (Woodwinds — Netflix’s One Piece, The Witcher, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal), dan Noriko Terada (Percussions — Final Fantasy 15, Little Witch Academia).

Mengenai bakat Sarawak, Bong telah menulis muzik untuk “Pillar of Strength”, “Framed Memories”, dan “Kuihpocalypse”, tiga daripada tujuh filem animasi yang ditampilkan di Festival Filem Animasi Malaysia 2023.

Solo biola Nisa Addina, seorang pemain biola dari Sarawak, juga ditampilkan dalam dua filem tersebut. Brenda Bulan, pemain sape dari Sarawak, juga menyumbangkan muziknya kepada “Pillar of Strength”.

Baca lagi artikel menarik:

Arca Rentap Pakai Baju Macam Hang Tuah? Teguran Netizen Disambut Baik Pihak Muzium
‘Agi Idup Agi Ngelaban!’ Ketahui Kisah Pahlawan Iban Terunggul Sarawak, Rentap
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta PGA Sarawak Rampas Produk Sejuk Beku Bernilai RM13 Juta
Next Article Inspirasi Netizen, Lelaki Dari Sarawak Ini Bakal Langsaikan Hutang RM1.2 Juta Tidak Lama Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?