Ehem ais kepal ni lama dah wujud tau
Ini 5 Gerai Yang Menyajikan Ais Kepal Di Kuching. Dahulu, ais kepal amat terkenal di Malaysia. Ia hanya dibuat dengan mencampur ais batu kisar, air gula, dan sirap sahaja. Kemudian, campuran ini dikepal supaya menjadi bentuk bulat dan ditusuk dengan lidi.
Kini, ais kepal ada pelbagai variasi perisa. Antaranya ialah ais kepal Milo yang menggunakan serbuk Milo sebagai perasa tambahan.
Cara hidang ais kepal juga sudah diperbaharui. Kini ia dihidang dalam mangkuk kecil yang cantik dan berhias. Biasanya ada taburan topping seperti buah-buahan segar, jeli warna-warni, dan taburan coklat di atas ais kepal.
Berikut merupakan 5 port ais kepal sekitar Kuching:
1. Ais Kantong Wayang Street
Ah Yong ABC di Wayang Street antara gerai yang paling legend menyajikan ais kepal di Kuching. Menariknya, gerai ini sudah pun beroperasi sejak 1980-an.
Walaupun hanya ada 2 menu sahaja, iaitu Ais Kantong dan ABC, namun kedua-dua pencuci mulut mereka ini sangat popular dalam kalangan warga Kuching.
Ais Kantong dibuat secara manual dengan mencampur ais hancur dengan sirap sarsi dan juga sirap ros.
Untuk ABC, pelanggan boleh memilih sama ada disajikan bersama santan atau susu. Versi ABC santan lebih pekat rasanya dan berkrim.
Harga Ais Kantong dan ABC hanya dijual sekitar RM2.50 sahaja.
Nak rasa ais kepal original datanglah ke sini!
Info penting:
Lokasi: Ah Yong ABC Ais Kantong Sideway, Wayang St, 93000, Kuching.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa 11 pagi hingga 5.30 petang.
2. Uptown Metrocity, Matang
Antara lokasi seterusnya adalah di Ais Kepal Coklat oleh Amy Kamalia yang terletak di Pasar Malam Metrocity.
Ais kepal coklat dijual dengan harga RM6 untuk 2 topping. Pelanggan boleh memilih pelbagai topping seperti nestum, coco crunch dan oreo untuk dihias di atas kepal ais coklat tersebut.
Selain Ais Kepal Coklat, di sini turut menjual pelbagai dessert viral antaranya jelly ball, tanghulu, cocktail kaut dan banyak lagi!
Info penting:
Lokasi: Uptown Metrocity, Matang
Waktu Operasi: Dibuka pada hari rabu, khamis, jumaat dan sabtu sahaja bermula dari jam 4 petang hingga 12 malam.
3. The Spring, Kuching
Kalau korang rasa ais kepal tak cukup sejuk, apa kata korang nikmati ais kepal ini di dalam shopping mall pulak. Bukan setakat tekak je sejuk, satu badan menggigil kesejukan!
Buat anda yang suka ke The Spring shopping mall dan penat berjalan, rilek lok. Apa kata anda singgah ke food court mereka dan cuba ais kepal di sini!
Tapi, ais kepal di sini agak ‘modern’ sedikit lah kerana ditambah ais krim sundae dan ais kisar yang digunakan pun lebih smooth. Dalam erti kata lain, sekiranya anda pernah try bingsu Korea, begitulah rasa ais kepal di sini!
Info penting:
Lokasi: Desserts, Food Court The Spring Shopping Mall, Kuching.
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam
4. Kepal’s Tabuan
Lokasi seterusnya ini boleh dikatakan agak hidden lah. Mana taknya, gerai yang berkonsepkan humble stall ini terletak di dalam Kampung Tabuan, Hj Drahman.
Menariknya, gerai ini menyajikan tiga jenis ais kepal antaranya milo kepal, horlicks kepal dan lolicks kepal iaitu gabungan milo dan horlick.
Ais kepal di sini dijual dengan dua saiz iaitu saiz kecil dan besar!
Untuk info lanjut lihat di sini.
Info Penting:
Lokasi: 372 Kampung Tabuan Hj Drahman Jalan Foochow Lorong 1X 93300 Kuching, Sarawak.
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali ahad dari jam 12:30 tengah hari hingga 7:30 malam.
5. Kampung Bintawa Tengah
Lokasi terakhir ini pun turut dikatakan hidden. Lokasinya terletak di dalam Kampung Bintawa Tengah.
Menariknya di sini, harga ais kepal yang ditawarkan sangat mampu milik iaitu sekitar RM 3 sahaja!
Namun, perisa yang ditawarkan terhad kepada milo sahaja dengan pelbagai jenis topping yang menarik.
Walaupun sekadar gerai kampung, cara pembayaran di sini sangat mesra pengguna! Mana taknya, pelanggan boleh membayar sama ada menerusi cash, touch and go, ataupun pembayaran online! Terbaiklah.
Untuk info lanjut boleh lihat di sini.
Info penting:
Lokasi: Bintawak Tengah Berdepan Lorong 14 (Kedai Kembar Ada Banner Corndog & Burger)
Waktu Operasi: Hanya dibuka sehingga 10 malam