• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan

Oleh
Aina Musa
25 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan

Mangsa ditampar dan dicekik oleh suspek

Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan. Seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat kecederaan selepas dipukul suaminya di rumah mereka di Batu Gong, Siburan.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa, 43 tahun dipercayai dipukul suaminya yang berang selepas dia dihalau pada 8 Januari lepas kerana enggan berkerja dan sering meminta wang dari mangsa yang hanya berjual kuih muih.

Katanya, mangsa juga ada menuntut cerai daripada suspek.

Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan. Sumber: Dayak Daily

“Hasil siasatan mendapati mangsa dipukul suspek pada 22 Januari ketika mangsa balik dari bermalam di rumah jirannya memandangkan dia takut tidur seorang diri dan khuatir suspek akan balik ke rumah.

“Semasa dalam perjalanan balik, mangsa didatangi suspek dan memberitahu dia mahu mengambil pakaiannya di rumah dan menyatakan ingin berbincang dengan mangsa.

“Semasa di rumah, suspek dikatakan bertindak menolak mangsa di kerusi ruang tamu lalu menampar kedua-dua pipinya dan mangsa turut dicekik ketika dia cuba melawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kemudian melarikan diri selepas menyedari mangsa telah menghubungi jiran mereka.

“Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami lebam di kedua-dua pipi, sakit di telinga kiri dan lebam pada leher.

“Pada 23 Januari sekitar jam 8 malam, mangsa mengadu sakit di telinga dan memanggil kakaknya di sebelah sebelum tiba-tiba tanganya mengejang dan kemudian lemah lalu terbaring di pelukan kakaknya,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa Pembantu Perubatan yang hadir di lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 9.48 malam.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Manakala suspek telah berjaya ditangkap untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawa Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca lagi artikel menarik:

18 Bulan Penjara, Denda RM3,000 Jika Goda Isteri Orang Di Sabah
Pengarah Syarikat Miliki Kayu Balak Haram, Diarah Bayar Royalti RM163K Kepada Kerajaan Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Gerai Yang Menyajikan Ais Kepal Di Kuching Ini 5 Gerai Yang Menyajikan Ais Kepal Di Kuching
Next Article Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?