• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Aiskrim Lokal Yang Sangat Berbaloi, Kedai Ice-Dream Di Bintawa Hilir Ini Bakal Buat Anda Ketagih

Oleh
Nazihah AN
27 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Antara ice-cream yang best di Kuching, betul-betul berbaloi wehhh!

Aiskrim Lokal Yang Sangat Berbaloi, Kedai Ice-Dream Di Bintawa Hilir Ini Bakal Buat Anda Ketagih. Kadang ada hari kita teringin nak makan aiskrim tetapi bukan aiskrim yang sangat typical di kedai-kedai yang selalu kita nampak. Ada satu kedai aiskrim lokal yang mampu buat anda terliur dengan melihat gambarnya sahaja. Confirm nyaman aih!

Kedai ini ialah Ice-DREam terletak di Kampung Bintawa Hilir. Sebenarnya kedai ini sudah agak lama beroperasi semenjak PKP lagi. Mereka menyediakan menu aiskrim dengan pelbagai jenis toping yang anda boleh pilih.

Sumber: facebook

Jom ajak kawan-kawan singgah sini

Dan yang paling penting, topping yang diletak memang tak boleh chill, wehh! Serious banyak giler dan padat! Soft-served aiskrim mereka dihidangkan di dalam mangkuk kertas bersaiz medium. Dihiasi dengan pelbagai jenis topping antaranya buah anggur, buah naga, mangga, coklat cadburry, coklat kinder bueno, dan banyak lagi!

Harganya pulak? Jangan risau, memang mur-mur semuanya. Anda boleh memilih sama ada ingin aiskrim buah-buahan atau coklat dengan harga sekitar RM3.50 hingga RM14.90 sahaja! Haa..murah kan?

Aiskrim Lokal Yang Sangat Berbaloi, Kedai Ice-Dream Di Bintawa Hilir Ini Bakal Buat Anda Ketagih
Sumber gambar: FB Ice DREam

Banyak menu lain yang anda boleh dapatkan di sini

Selain aiskrim, mereka turut menyediakan oden yang sedap. Oden yang mereka buat, bukan setakat produk-produk sejuk beku, mereka turut menyediakan menu seafood yang fresh seperti udang. Bukan kaleng-kaleng aih. Harganya pula untuk setiap produk seafood bermula pada harga serendah RM0.10 sahaja. Ya, anda tidak salah lihat, 10 SEN SAHAJA.

Anda juga boleh dapatkan air smoothie dan air boba di kedai mereka.

Akan tetapi, menunya boleh bertukar kerana kedai ini beroperasi setiap hari. Mereka juga aktif untuk update di laman FB mereka sendiri di @icedreamhomeicecream. Jadi, kena rajin-rajin usha FB mereka, tau.

Aiskrim Lokal Yang Sangat Berbaloi, Kedai Ice-Dream Di Bintawa Hilir Ini Bakal Buat Anda Ketagih
Sumber gambar: FB Ice DREam
Ice-DREam Home Ice Cream

Lokasi: Tepi Lorong 30, Kampung Bintawak Hilir, Kuching. ( https://maps.app.goo.gl/fSmak8g6uKXTW9kP9 )

Waktu beroperasi: Isnin – Ahad (Setiap hari)

No telefon: 010-966 7670

Baca juga artikel yang berkaitan:

Menyegarkan Dan Lazat, Ketahui Kedai Aiskrim Vanilla Crush Di Satok Kuching
Dinamakan Sempena ‘Nickname’ Di Sarawak, Jenama Aiskrim Gula Apong Ini Kini Di Tahap Antarabangsa
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menurut Pakar Makanan, 3 Kedai Laksa Sarawak Ini Adalah Yang Terbaik Di Dunia Menurut Pakar Makanan, 3 Kedai Laksa Sarawak Ini Adalah Yang Terbaik Di Dunia
Next Article Ayam Pansuh Pertama Dalam Tin, Solusi Rindu Buat Orang Sarawak Di Luar Negara Ayam Pansuh Pertama Dalam Tin, Solusi Rindu Buat Orang Sarawak Di Luar Negara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?