• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching

Oleh
Ismail NA
14 Januari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Kombinasi karbohidrat dan protein untuk ‘supercharge’ hari anda

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching. Mungkin roti canai kedengaran klise dan bosan untuk anda. Apa kata kalau hari ini, anda cuba pula menu roti sarang burung? Roti sarang burung merupakan sejenis roti canai yang dimasak bersama dua biji telur separuh masak di tengahnya. Bunyinya macam biasa-biasa tapi rasa dia tak biasa, okay? Silap hari bulan boleh tambah order lagi satu.

Selain daripada roti sarang burung, menu ini juga turut digelar dengan nama ‘Roti Jantan’. Sebab ia dinamakan roti jantan adalah kerana roti ini mempunyai dua telur. Bila penulis tahu tentang origin story nama ini, agak mindblown lah juga. Mungkin lebih elok kalau kita panggil nama menu ini roti sarang burung saja.

Apa-apa pun, ini adalah antara kedai yang best nak makan roti sarang burung di Kuching.

1. Roti Canai Amy Baekhee @ Sheng Hui Cafe, Kai Joo Lane

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching
Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching. Kredit foto : FB Yahya Iskandar

Kai Joo Lane sememangnya terkenal sebagai kawasan sarapan pagi di Bandaraya Kuching. Namun, tahukah anda bahawa terdapat sebuah gerai yang menyajikan menu viral roti sarang burung di lorong ikonik ini? Kalau anda mengidam menu ini, kami cadangkan anda memesannya di gerai Roti Canai Amy Baekhee yang terletak di Sheng Hui Cafe.

Satu lagi perkara yang unik di sini adalah anda boleh memesan minuman dari kedai lain dan mereka akan menghantarnya ke meja tempat duduk anda. Jadi, tak perlu risau nak makan banyak benda kat tempat yang lain-lain.

Maklumat penting

Lokasi: 1, Lorong Kai Joo, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 7am-11:30am

Hubungi: 012-881 8765

2. Aliiya Maju Cafe, Simpang Tiga

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching
Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching. Kredit foto : FB Aliiya Maju Cafe Simpang Tiga Kuching

Kalau anda berada di kawasan pejabat atau perumahan sekitar Simpang Tiga Kuching, jangan lupa untuk cuba menu roti sarang burung di Aliiya Maju Cafe. Untuk pengetahuan, kedai ini dimiliki oleh penyanyi yang juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke 8, Firdaus Eli. Kedai makan Aliiya Maju ini juga terdapat di Bintulu, Sarawak. Rotinya nampak rangup, selain telur matanya dimasak dengan sempurna. Nampak legit je roti sarang burung Aliiya Maju ni,gais!

Maklumat penting

Lokasi: Ground Floor, Lot 4910, Jalan Uplands, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 6am-10pm (kecuali Ahad 7am-7pm)

Hubungi: 013-810 6313

3. Faisal Roti Canai Station @ 91, Metrocity

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching
Kredit foto : FB Wellbest

Gerai kecil ini terletak di kedai makan Wellbest Kitchen di Metrocity Kuching. Untuk pengetahuan anda, gerai roti canai yang menghidangkan menu viral roti sarang burung ini diusahakan oleh orang kelainan upaya, Muhammad Faisal. Roti sarang burung yang dihidangkan di sini juga mempunyai kelainan daripada roti sarang burung yang lain kerana ia ditabur dengan serunding daging! Mesti sedap!

Maklumat penting

Lokasi: Metrocity Square, Jln Matang

Waktu operasi: 8am-5pm

4. Damit Cafe

Ini Kedai Roti Sarang Burung Atau Roti Jantan Terbaik Di Kuching
Kredit foto : FB Mohd Khairulnizzal Sahdan

Roti sarang burung di kedai ini pun tak kurang hebatnya. Ramai yang memuji roti sarang burung air tangan Encik Saiful begitu rangup dan enak, menyebabkan pelanggan ‘belalak’ (nak lagi dan lagi). Bukan itu sahaja, kuah yang dihidangkan bersama roti sarang burung di Damit Cafe ini juga dikatakan mempunyai kepekatan yang cun dan serasi dimakan bersama roti viral ini.

Maklumat penting

Lokasi: Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: 6am-4am

Hubungi: 012-894 2004

Baca juga artikel yang berkaitan:

Sejarah Ringkas Roti Kompia Yang Popular, Rupanya Dicipta Sebagai Makanan Perang Askar
Kombinasi Unik Dengan Rasa Mantap, Anda Perlu Cuba Roti John Madu Cheese Leleh Di Bazaar Satok Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah
Next Article Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut Kesal Dituduh Culik Anak Angkat, Noh Salleh Akhirnya Tampil Buka Mulut

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?