• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah

Oleh
Husna Hazmi
30 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Mangsa mengalami kecederaan di dada, belakang, perut dan kemaluan

Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah. Dilaporkan, 5 pelajar lelaki Tingkatan Lima telah ditahan polis kerana disyaki membuli seorang junior di asrama sekolah menengah di Mukah.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, suspek yang merupakan pelajar lelaki tingkatan 5 itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat pada 27 Mac.

Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah
Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah. Gambar sekadar hiasan

Kejadian pertama berlaku pada 25 Mac di asrama lelaki sekolah berkenaan kira-kira jam 9.30 pagi apabila mangsa didakwa diserang suspek, yang menuduhnya manghilangkan seluar yang dibasuh mangsa.

“Serangan berkenaan telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dada dan belakang,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhamad Rizal berkata, suspek yang sama didakwa menyerang mangsa sekali lagi pada malam berikutnya, kali ini mengakibatkan kecederaan di dada, perut dan kemaluan mangsa.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Buli Junior Gara-Gara Hilang Seluar, 5 Pelajar Ditahan Polis Di Mukah
Gambar sekadar hiasan

Kesemua suspek ditahan reman empat hari

Kesemua suspek ditahan reman empat hari bagi memudahkan siasatan lanjut di bawah seksyen 506, 377CA dan 323 Kanun Keseksaan.

Seksyen 506 melibatkan ugutan jenayah; Seksyen 377CA, hubungan seksual menggunakan objek; dan Seksyen 323, secara sukarela menyebabkan kecederaan.

Dalam masa yang sama, Muhamad Rizal juga menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes serta memberi jaminan bahawa polis akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang.

Lagi berita terkini di sini:

Askar Didakwa Merogol Gadis 18 Tahun Di Kota Kinabalu
KPM Tidak Kompromi Buli, Sedia Beri Kerjasama Penuh Kes Pelajar Kolej Vokasional Meninggal Dunia
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui 5 Langkah Mudah Cegah Gastrik Ketika Puasa
Next Article Isu Jual Sambal Nyet Dan Dendeng Nyet Harga 2 Kali Ganda, Pasaraya Di Kuching Keluar Kenyataan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?