• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’

Oleh
Ismail NA
11 Disember 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Terbayang-Bayang Dah Rasanya

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’. Sedang mencari kedai tom yam yang legit di Kuching? Memang tidak dapat dinafikan bahawa craving tom yam ini tidak boleh dibuat main-main, apa lagi jika sudah terbayang-bayang rasa kuahnya di dalam mulut anda.

Isi Isi Penting
  • 1. Sabai-Sabai
  • 2. Bangkok Thai Seafood Restaurant
  • 3. Dum-Dum Cafe
  • 4. Nirawan9
  • 5. Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Jangan bimbang, kami ada cadangan kedai yang baik untuk anda.

1. Sabai-Sabai

Kedai tom yam ini terletak di iCOM Square, Pending. Kebiasaannya, kedai ini dipenuhi dengan pelanggan pada waktu makan tengah hari hari bekerja. Menu tom yam yang dihidangkan di sini juga agak pedas, jadi anda perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. Yang pasti, anda pasti tidak akan meninggalkan walau pun setitis kuah tom yam yang dihidangkan di Sabai-Sabai ini kerana rasanya sangat ‘ummph’!

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
6 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’

Lokasi : B131, Ground Floor, ICOM Square, Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak
Facebook : Sabai Sabai Thai Cozy Cuisine

2. Bangkok Thai Seafood Restaurant

Yang ini, memang tak perlu diperkatakan lah. Tom yam kat sini memang bertaraf 5 bintang. Restoran ini bukan sahaja menyediakan variasi tom yam biasa tetapi juga tom yam santan dan tom yam jernih. Selain tom yam, restoran ini turut menyediakan hidangan makanan laut yang lain seperti ikan siakap masam manis, kerabu mangga, nasi goreng nanas yang pastinya membuatkan anda kenyang dan ingin singgah buat kali kedua dan seterusnya. Paling best, restoran ini ada pendingin hawa tau. Jadi, tak perlu risau nak makan terkena tempias hujan dan sebagainya. Hihi.

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'

Lokasi Google Map: Lorong Datuk Abang Abdul Rahim 10, 93450 Kuching, Sarawak, Malaysia
Facebook : Bangkok Thai Seafood Restaurant Kuching

3. Dum-Dum Cafe

Dum-Dum Cafe pula merupakan hidden gem tom yamg di Kuching. Lokasi nya agak sedikit jauh dari Bandaraya Kuching namun berbaloi untuk anda terokai kerana suasana Thailand di sini sangat terasa. Ia boleh diibaratkan seperti anda melangkah ke sebuah rumah kedai Siam yang sebenar. Walau pun tom yam nya nampak ringkas, namun rasanya pasti membuatkan anda ingin kembali ke sini lagi. Selain itu, kedai tom yam ini juga menyajikan pulut mangga yang tampil dengan pelbagai warna yang vibrant. Uuuu, dapnya!

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'

Lokasi Google Map: 143B, Kampung Sungai Lumut, 93050 Kuching, Sarawak
Facebook : Dum Dum ดื่มดื่ม Cafe

4. Nirawan9

Kedai Nirawan9 ini juga merupakan salah satu kedai tom yam yang wajib anda kunjungi jika anda inginkan rasa tom yam yang asli dari Thailand. Latar belakang kedai makanan Thai ini juga sangat unik di mana Nirawan merupakan nama seorang wanita Thailand yang mengidam makanan kampung halamannya setelah berkahwin dan berpindah ke Kuching. Nombor 9 pula disebut sebagai ‘Khao’ dalam Bahasa Thailand yang membawa maksud nasib yang baik dan jemputan untuk memakan makanan yang enak. Oleh kerana keenakan tom yam nya bukan kaleng-kaleng, kedai ini selalu menjadi pilihan warga tempatan untuk sambutan majlis seperti hari jadi dan ulang tahun.

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'

Lokasi Google Map: Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Facebook : Nirawan 9

5. Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Bagi anda yang kebetulan berada di Vivacity atau Plaza Merdeka Kuching, jangan lupa untuk singgah ke Tuk Tuk Thai Boat Noodle. Selain daripada menu signature nya iaitu boat noodle yang berharga RM 1 sahaja untuk semangkuk, tom yam nya juga mempunyai rasa yang ngesit dan mengancam. Ditambah pula dengan isi tom yam seperti udang, sotong, dan ayam yang meriah serta menu kerabu, kehadiran anda ke Tuk Tuk ini pasti berbaloi.

5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda 'Terangkat'
Kredit : FB Tuk Tuk Thai Boat Noodle
Kredit : FB Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Lokasi : Vivacity Megamall / Plaza Merdeka/ Summer Mall
Facebook : Tuk Tuk Thai Boat Noodle

Siapa yang craving sangat dengan tom yam tu, boleh lah usha kedai-kedai ini. Jika anda mempunyai cadangan kedai tom yam yang lebih onzz, jangan lupa nyatakan kedai pilihan anda di ruangan komen. Aroi kap!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Next Article Nikmati Keenakan Dim Sum Premium & Halal Di Imperial Garden Restaurant, Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?