• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand

Oleh
Ismail NA
11 Disember 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kalau dua ‘legend’ ni dah beraksi, medal memang dalam genggaman punyalah!

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand. Kehebatan atlet bina badan Sarawak di peringkat antarabangsa memang tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi bagi seorang atlet ini yang bernama Buda Anchah dan Dr Malvern. Nama mereka memang bukan sebuah nama yang asing dalam dunia sukan bina badan.

Terbaharu, Buda telah berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk beliau terus melakar sejarah merangkul pingat emas pertama buat negara. Pingat emas tersebut dimenangi olehnya menerusi acara Men’s Masters kategori 50-60 tahun. Manakala, Dr Malvern Abdullah telah merangkul emas dalam acara Men’s Athletic Physique sehingga 160cm.

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Dr Malvern Abdullah, pemenang pingat emas acara Men’s Athletic Physique sehingga 160 cm. Sumber: FB Sarawak Bodybuilding Association – SBBA

Hadiah ulang tahun kelahiran Buda yang paling istimewa

Buda berjaya mengalahkan pesaing dari India, Suresh Kumar A dan Mozafar Ghavaland dari India untuk merangkul gelaran tersebut.

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Buda Anchah semasa menerima pingat emas di Phuket, Thailand. Kredit foto: Shamsul Aqbary via The Borneo Post

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut diperolehnya menjelang beberapa hari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-50, sekaligus menjadi simbolik hadiah hari jadi yang istimewa buat Buda.

Dengan kemenangan itu, lagu ‘Negaraku’ berkumandangan di hari pertama kejohanan dunia tersebut, membuatkan atlet dari Sri Aman ini berasa begitu bangga dan terharu.

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand. Kredit: FB Malaysia Body Building Federation – MBBF

Selain pingat emas, Buda bersama Meilaura Dora Jimmy juga berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara bina badan campuran manakala Dr Malvern dan Philomena Dexclyn Siar menduduki tempat keempat.

Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Buda dan Meilaura. Sumber: FB Sarawak Bodybuilding Association – SBBA
Jaguh Bina Badan Sarawak, Buda Dan Dr Malvern Unggul Rangkul Emas Di Bumi Thailand
Dr Malvern dan Philomena. Sumber: FB Sarawak Bodybuilding Association – SBBA

Sementara itu, jaguh bina badan wanita yang berasal dari Sabah, Meilaura Dora Jimmy turut menambah koleksi pingat Malaysia apabila berjaya merangkul pingat perak dalam acara bina badan wanita kategori terbuka. Emas dimenangi oleh atlet Tajikistan, An-Nimr Yasmin manakala pingat gangsa dimenangi oleh atlet Thailand, Jiratha Chuthanichakan.

Bina badan Malaysia terus cemerlang

Setakat hari kedua kejohanan, Malaysia terus cemerlang dengan meraih 3 pingat emas menerusi Buda Anchah, Dr Malvern dan Mike Mahen, 1 pingat perak (Meilaura Dora Jimmy), dan 1 pingat gangsa (Buda dan Meilaura).

Untuk Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia ke-13 yang diadakan di Central Phuket Mall, Thailand ini, Malaysia menghantar 14 orang atlet yang terdiri daripada Buda Anchah, Meilaura Dora Jimmy, Dr. Malvern Abdullah, Philomena Dexclyn Siar, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah, Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah, Azri Asmat Sefri, Ahmad Faiz Ariffin, Kumareswarren K Ramasamy, Syed Faizal Syed Ali, Azahar Mahamad, Amsyar Anaqie Azahar, Wong Ngai Hoeng, and Shelen Aderina Kok.

Tahniah dan semoga pasukan bina badan Malaysia terus unggul!

SUMBER :FB Sarawak Bodybuilding Association - SBBA The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hidangan Popular Hari Krismas, Ini Adalah Resepi Puding Plum Untuk Seisi Keluarga Hidangan Popular Hari Krismas, Ini Adalah Resepi Puding Plum Untuk Seisi Keluarga
Next Article 5 Port Tom Yam Di Kuching Yang Pasti Buat Anda ‘Terangkat’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?