Trip solo, barulah adventure!
Gadis Ini Kongsi Itinerari Trip Solo Ke Semporna Dan 7 Pulau Selama 8H7M. Kalau nak tengok pulau dan pantai yang maha cantik, tidak lain dan tidak bukan, memang di Sabah lah jawapannya. Keindahannya membuatkan sesiapa sahaja yang melihat jatuh cinta dan ingin kembali menenangkan fikiran di sini.
Dalam artikel kali ini, kami kongsikan kepada anda olahan semula perkongsian yang dimuat naik oleh Vililian Bobbin di laman Facebooknya. Enjoy!
Ikuti perkongsian Vililian Bobbin ini
✈️ Trip ini saya lakukan pada bulan 27 Januari sehingga 3 Februari 2022 meliputi perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching – Lapangan Terbang Kota Kinabalu – Lapangan Terbang Tawau.
Untuk trip Semporna selama 4H3M pada 29 Januari – 1 Feb 2022, saya menggunakan pakej RM 598 di bawah Cerita&Co. oleh Khairul Jamain.
📍Destinasi yang saya kunjungi ini saya akan sertakan sekali dengan pautan media sosial mereka untuk anda hubungi.
Pulau Semporna
Singgahmata
Mataking
Pom-Pom / Pandanan
Timba-timba
Bohey Dulang
Mantabuan
Sibuan
Nota:
Bajet staycation saya tetapkan di bawah RM 100, dan ditempah menerusi aplikasi Agoda.
Lakukan survey untuk kereta sewa untuk sewaan selama 2 hari.
Saya tetapkan bajet saya sekitar RM 1,000 sehingga RM 1,500 (tidak termasuk tiket penerbangan).
Jumlah ini juga bergantung kepada perbelanjaan anda dan bagaimana anda menguruskan perbelanjaan semasa melancong.
Hari 1: Kundasang (Kiram’s Village Cabin)
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (Sabah) sekitar jam 11:30 pagi. Penyewa kereta menjemput saya di lapangan terbang. Saya menyewa kereta menerusi sebuah servis sewa kereta yang boleh anda hubungi di sini – FB Kereta Sewa SABAH.
Destinasi pertama, saya mencari Sinalau Bakas, daging khinzir panggang untuk saya takeaway. Saya kemudian sepatutnya pergi ke Kota Belud (Podi Lasau) tetapi kunjungan ini terpaksa dibatalkan kerana keadaan hujan lebat. Oleh kerana saya tidak dapat ke Podi Lasau, saya terus ke Kundasang.
Daftar masuk ke Kiram’s Village Cabin (Mushroom room). Bilik ini sesuai untuk trip secara solo atau secara berpasangan. Penginapan berstatus 3 bintang yang murah, suhu boleh cecah 18 darjah Celcius pada waktu malam. Sejuk!
Hari 2: Sosodikon Hill – Alpaca Club – Desa Dairy Farm – Pekan Nabalu – Kota Kinabalu
Hari kedua saya mulakan dengan mendaki Sosodikon Hill seawal jam 7 pagi. Mendaki pun selama 10 minit sahaja. Kemudian, bersarapan di Puteri Nabalu Cafe.
Selepas daftar keluar dari Kiram’s Village Cabin pada jam 12 tengah hari, saya terus ke Alpaca Club, pusat tarikan untuk melihat haiwan alpaca. Yuran masuk berharga RM15 untuk orang dewasa, dan RM 10 untuk kanak-kanak.
Setelah selesai beramah mesra dengan alpaca, saya terus ke Desa Fairy Farm. Untuk makluman, tempahan tiket ke sini hanya boleh dibuat secara dalam talian sahaja. Tiada tiket walk-in disediakan. Pastikan anda menempah seawal yang munhkin kerana slot adalah terhad. Tiket boleh ditempah melalui butang berikut;
Kalau nak beli cenderamata yang best dan murah, sila pergi ke Pekan Nabalu!
Dari Pekan Nabalu, saya menuju ke Kota Kinabalu dan daftar masuk di Vibrant Hostel. Hostel ini saya berikan taraf 5 bintang sebab rasa macam rumah. Biliknya pun selesa dan disediakan dengan wangian yang sesuai untuk keluarga. Hostel ini berharga bermula RM 65 untuk setiap bilik.
Hari 3: Tawau (Kg Labuan Haji Semporna – Fat Mom’s Restaurant Seafood)
Untuk ke Tawau, saya menaiki penerbangan awal pagi dari Kota Kinabalu ke Tawau.
Setibanya di lapangan terbang Tawau, saya menaiki car transfer selama 1 jam 30 minit ke Semporna. Untuk makluman, pakej percutian di Tawau ini, saya pilih pakej Cerita & Co Travel yang disediakan oleh aktivis Bajau Laut dan backpacker Malaysia, Khairul Jamain. Saya berani jamin trip ini akan memberikan kepuasan terbaik untuk anda ke Semporna. Lagi-lagi, ia meliputi 7 pulau selama 4 hari 3 malam.
Daftar masuk ke Sipadan Inn 2 Hotel. Hotel 4 bintang. Walaupun trup solo, saya bersama 2 lagi gadis yang saya jumpa dalam trip yang sama. See? Travel solo tak semestinya anda akan selamanya keseorangan. Saya keluar makan tengah hari dan bersiari-siar sekitar jeti.
Melawat ke Kampung Labuan Haji Semporna. Di sini, akan ada boat pick-up untuk membawa saya melihat pemandangan matahari terbenam.
Untuk makan malam pula, saya menikmati hidangan makanan laut di Fat Mom’s Restaurant Seafood. Makanannya ringkas, murah dan paling penting sekali, sedap! Restoran yang wajib anda cuba jika anda ke Tawau.
Hari 4: Lato-Lato Resort – Pulau Timba-Timba – Pulau Mataking – Pulau Pom-Pom – Ikan Bakar Dnr Santai Cafe 5
Untuk hari keempat, saya bertolak dari Lato- Lato Resort (customer pick up) menuju ke Pulau Timba-Timba, Pulau Mataking, dan Pulau Pom-Pom.
Sepanjang island hopping ini, saya berpeluang untuk melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam di laut. Makanan tengah hari disediakan. Setelah selesai, saya kembali ke hotel dan berehat.
Untuk makan malam, saya makan makanan laut bakar di Ikan Bakar Dnr Santai Cafe 5 Sedap weh ikan bakar dia!
Hari 5: Singgahmata Resort – Bohey Dulang – Pulau Mantabuan – Pulau Sibuan – Coco Scuba Inn 2
Pada hari kelima, saya teruskan lagi aktiviti island hopping saya, bermula di Singgahmata Resort (customer pick-up) menuju ke Pulau Bohey Dulang, Pulau Mantabuan dan Pulau Sibuan. Seperti mana pada hari keempat, makanan tengah hari disediakan setelah penat melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam.
PS.: Pulau Bohey Dulang memerlukan anda mendaki selama 30 minit, bergantung kepada tahap stamina anda. Jadi, ikutlah kelajuan masing-masing dan take it easy. Sesetengah orang mungkin memerlukan masa selama 1 jam pendakian. Tetapi pemandangan di puncaknya adalah sesuatu yang berbaloi selepas penat mendaki. The best view comes after the hardest climb!
Kembali ke hotel, membeli sedikit makanan kering dan daftar keluar.
Daftar masuk pula ke Coco Scuba Inn 2. Penginapan ini adalah penginapan rumah air bertaraf 4 bintang. Cun pula sampai pada waktu pemandangan matahari terbenam. It’s absolutely stunning here.
Hari 6: Dragoon Inn Semporna – Pasar Tanjung Tawau – Sri Titingan Seafood – T-Hotel
Daftar keluar pada jam 10 pagi.
Singgah ke Dragoon Inn, Pekan Semporna untuk membeli sedikit cenderamata.
Kemudian, saya menuju ke Pekan Tawau iaitu Pasar Tanjung Tawau untuk menikmati makan tengah hari di Sri Titingan Seafood. Singgah ke T – Hotel untuk perjumpaan terakhir bersama ahli trip. Saya bermalam di Tawau untuk satu lagi malam.
Hari 7: Tawau – Kota Kinabalu – SeaView Capsule Hotel – Hailam Kopitiam Imago – Pasar Filipina – Toscanickk
Saya menaiki penerbangan awal pagi dari Tawau ke Kota Kinabalu.
Daftar masuk ke SeaView Capsule Hotel dan letak barang-barang sebelum keluar semula ke pasar.
Singgah ke Imago Shopping Mall, makan tengah hari di Hailam Kopitiam Imago. Berkunjung ke Pasar Filipina dan makan malam di Toscaniskk dengan pemandangan matahari terbenam yang cantik!
Hari 8: Jesselton Jetty – Pulau Sapi – Pulau Manukan – Kuching
Pada hari terakhir ini, saya pergi ke Jesselton Jetty (ditempah dari Facebook Titong Happy Holiday Sdn Bhd) untuk pakej ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Pakej ini berharga hanya rm 50 sahaja!
Melakukan aktiviti parasailing (RM 75), kemudian makan tengah hari.
Daftar keluar dari hotel, bergegas ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk penerbangan pulang ke Kuching. Tamat!
Semoga perkongsian ini memberi idea dan inspirasi kepada anda untuk melancong ke Sabah. Kadang kala, apa yang lebih bermakna adalah memori untuk kita kenang di masa akan datang.