• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini

Oleh
Ismail NA
18 Julai 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

SAGO FEST 2024 bakal berlangsung di The Hills, Kuching

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini. Sago Fest 2024 bakal membuat kemunculan buat kali kedua di The Hills Kuching tahun ini dengan menjanjikan acara 3 hari yang penuh dengan kelazatan tempatan dan keunikan budaya Sarawak.

Sago Fest 2024 atau turut dikenali dengan nama Sarawak Gastronomy Festival 2024 adalah sebuah festival makanan tahunan yang menggabungkan warisan budaya Sarawak dengan inovasi kuliner. Dikelolakan bersama oleh Persatuan Warisan Kulinari dan Komuniti Seni Sarawak, Retrospective Discovery LLP, The Hills, #WATSarawak, Sago Incubator, dan SAGO Caters, festival ini bertujuan untuk mempromosikan warisan gastronomi Sarawak sambil memperkenalkan kreativiti kulineri baru dan pendekatan lestari dalam industri makanan.

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini
Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini

Sago Fest 2024 akan berlangsung di Kuching dan akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti acara mencuba tuak, bengkel dan sesi bual bicara, serta pameran pelbagai hidangan inovatif yang menggunakan bahan-bahan tempatan. Festival ini juga memberikan platform kepada usahawan makanan tempatan untuk memasarkan produk mereka dan berinteraksi dengan masyarakat, sekaligus memberikan peluang kepada mereka untuk memperkenalkan jenama dengan lebih meluas.

Butiran Acara:
🗓️ Tarikh: 20 hingga 22 Julai 2024
📍 Lokasi: The Hills Kuching, Jalan Bukit Mata

Mengapa Anda Perlu Hadir ke Sago Fest 2024?

1. Pengalaman Mencuba Tuak
Acara ini juga memberikan anda peluang eksklusif untuk mencuba pelbagai jenis tuak, minuman tradisional kebanggaan masyarakat Iban. Selain itu, anda juga boleh mengetahui proses, tips dan trik di sebalik proses pembuatannya daripada pembuat tuak Sarawak sendiri dan sejarah menarik di sebalik minuman ikonik ini.

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini

2. Bengkel, Demonstrasi Masakan dan Sesi Bual Bicara
Tingkatkan pengetahuan kulinari anda melalui sesi perkongsian oleh pakar-pakar industri makanan. Siapa tahu, anda mungkin pulang dengan resepi rahsia atau teknik memasak baharu!

Klik sini untuk senarai penuh acara Demonstrasi Masakan selama 3 hari Sago Fest 2024

3. Peluang Berjumpa dengan Chef Terkemuka Malaysia dan Indonesia
Jika selama ini anda hanya menemui mereka di media sosial, inilah peluang anda untuk berjumpa secara langsung dan berinteraksi dengan mereka.

Antara chef terkenal yang bakal memeriahkan acara ini kelak adalah Chef Dave Vegan Journey – chef selebriti yang sering memperkenalkan makanan sihat dan resepi berasaskan vegan; Hardian Eko Nurseto – pengasas Parti Gastronomi, kumpulan kolektif kulinari dari Bandung; Chef Achang Libat – chef inovator kacukan Lun Bawang/Kayan dan banyak lagi.

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini

4. Lebih 100 Vendor Usahawan Tempatan Yang Menarik
Sago Fest 2024 turut membawa lebih 100 vendor usahawan tempatan yang terdiri daripada pengusaha makanan dan produk tempatan. Untuk pengetahuan anda, vendor ini kebanyakannya memiliki daya tarikan yang unik dan menghasilkan produk dan makanan yang inovatif dan kreatif.

Senarai penuh vendor Sago Fest 2024 di sini: Vendor Batch 1 | Vendor Batch 2

Ini 5 Sebab Anda Perlu Hadir ke SAGO FEST 2024 Hujung Minggu Ini

5. Aktiviti Mesra Keluarga
Selain sajian yang menggiurkan, festival ini turut mempersembahkan keindahan warisan Sarawak melalui persembahan muzik tradisional sape, pasar tani tempatan selain menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur.

    Menerusi program Sago Fest 2024 ini, anda bukan sahaja berpeluang untuk menikmati pengalaman gastronomi yang unik, malah turut menyokong usahawan tempatan dan membantu melestarikan warisan budaya Sarawak.

    Jangan lepaskan peluang untuk merasai keajaiban Sarawak di Sago Fest 2024. Pastikan anda menjadi sebahagian daripada sambutan meriah ini!

    Maklumat Lanjut: Untuk perkembangan terkini mengenai Sago Fest 2024, layari laman Facebook rasmi SAGO Incubator (Sago Inc.) atau Instagram mereka, @wearesago

    Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan berkaitan Sago Fest untuk edisi tahun lalu:

    SAGO Fest 2023: Raih Kepelbagaian Budaya Dengan Pesta Gastronomi
    Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi
    Kongsi Artikel Ini
    Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
    Previous Article Projek Jambatan Sungai Bintangor Di Jalan Datuk Ajibah Abol Lewat 72 Hari, Ini Puncanya Projek Jambatan Sungai Bintangor Di Jalan Datuk Ajibah Abol Lewat 72 Hari, Ini Puncanya
    Next Article Kebakaran Musnahkan 8 Rumah Di Tawau, Wanita Luka Di Muka Dan Kaki

    Advertorial

    Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
    Cerita Borneo
    Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
    Cerita Borneo
    GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
    Cerita Borneo
    Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
    Cerita Borneo
    Ikuti Kami
    A Part Of Borneo Digital
    • Polisi Kerahsiaan
    • Terma Dan Syarat
    Welcome Back!

    Sign in to your account

    Username or Email Address
    Password

    Lost your password?