• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi

Oleh
Husna Hazmi
12 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Makanan Sarawak memang hebat!

Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi. Menurut Encyclopedia, gastronomi bermaksud seni dalam penyediaan makanan yang enak. Gastronomi terbahagi kepada pengetahuan dan praktik berkaitan dengan seni kulinari, resipi, ramuan teknik dan kaedah, serta evolusi sejarah makanan dan budaya.

Isi Isi Penting
  • Makanan Sarawak memang hebat!
  • Sarawak sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan unik
  • Menjadi titik pemasaran yang amat baik untuk Sarawak
  • Permohonan pertama bagi Malaysia
Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi. Kredit gambar: Mom’s Laksa
Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi
Kredit gambar: butterkicap.com

Sarawak sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan unik

Bandaraya Kuching kini disenaraikan dalam Rangkaian Bandar Kreatif Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori gastronomi.

Sarawak sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi yang amat menarik dan unik. Makanan Sarawak juga amat popular di luar negara dan pernah memasuki rancangan terkenal, seperti rancangan Anthony Bourdain dan juga The Great British Bake Off.

Baru-baru ini pula laksa Sarawak berjaya memperoleh kedudukan teratas dalam penilaian terhadap makanan asia berdasarkan kajian maklum balas di kalangan umum.

Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi
Kredit gambar: Astro Awani

Menjadi titik pemasaran yang amat baik untuk Sarawak

Justeru, perkara ini akan menjadi titik pemasaran yang amat baik untuk Sarawak, khususnya dari segi pelancongan. Berikutan pencapaian tersebut, Sarawak kini mendapat dua pengiktirafan di bawah UNESCO dengan satu lagi ialah Taman Negara Mulu di Miri, yang merupakan Tapak Warisan Dunia Unesco di Malaysia.

Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada April tahun ini telah memohon dan mencalonkan bandaraya Kuching untuk diiktiraf sebagai ‘Creative City of Gastronomy’ di bawah Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO.

Kredit gambar: Berita Harian

Permohonan pertama bagi Malaysia

Menurut MBKS dalam satu kenyataan, ini merupakan permohonan pertama bagi Malaysia di bawah tujuh bidang kreatif iaitu, gastronomi, kraf dan seni rakyat, reka bentuk, filem, sastera, seni media dan muzik.

Dengan penambahan 49 bandar baharu itu, Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO mempunyai 295 bandar yang bekerjasama ke arah objektif yang sama iaitu untuk meletakkan industri kreativiti dan kebudayaan di tengah-tengah rancangan pembangunan mereka di peringkat tempatan serta bekerjasama secara aktif di peringkat antarabangsa.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!
Next Article Alasan Ingin Jumpa TYT, Penganggur Ceroboh Astana Negeri Sarawak Didenda RM3K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?